Skip to content

GL PLAYLIST: 10 LAGU IKONIK SEPANJANG ZAMAN YANG DILANCARKAN PADA BULAN OKTOBER

GL PLAYLIST: 10 LAGU IKONIK SEPANJANG ZAMAN YANG DILANCARKAN PADA BULAN OKTOBER

Kongsikan artikel ini

Siapa sangka, lagu-lagu ikonik sepanjang zaman sebenarnya banyak dilahirkan pada bulan yang baru bermula ini, Oktober. 

Untuk sebuah lagu untuk bergelar ikonik, usia bukanlah ukuran utama. Ada lagu yang mungkin sudah berusia puluhan tahun, namun melodinya masih mudah dikenali, liriknya masih dihafal dan pengaruhnya terus dirasai oleh generasi yang berbeza. Lebih menarik, sesetengah lagu ini lahir pada era yang jauh berbeza antara satu sama lain, tetapi tetap mempunyai satu persamaan. Ia berjaya meninggalkan jejak yang sukar dipadam dalam sejarah muzik popular.

Bulan Oktober pula menyimpan cukup banyak detik penting dan lagu ikonik dalam dunia muzik. Daripada rock alternatif, pop, R&B, hip-hop sehinggalah K-pop. Beberapa karya yang dilancarkan pada bulan ini bukan sekadar menemani pendengar pada zamannya, malah terus menemui pendengar baharu bertahun-tahun kemudian. Ada yang menjadi lagu wajib di radio, ada yang mengubah perjalanan karier penyanyinya, manakala ada juga yang berkembang menjadi fenomena budaya tersendiri.

Daripada Oasis yang mengabadikan semangat Britpop, Michael Jackson dengan koreografi ikonik,  hinggalah Nelly Furtado yang mencipta sisi sensual dan eksperimental. Setiap lagu mempunyai cerita serta identiti tersendiri. Tidak ketinggalan karya daripada nama besar hip-hop seperti Kendrick Lamar, legenda rock Rage Against the Machine dan Nirvana, selain karya pop yang terus menjadi bualan seperti APT. daripada ROSÉ dan Bruno Mars.

Bagi peminat muzik Asia pula, Oktober turut menyaksikan kelahiran beberapa karya penting daripada Girls’ Generation dan BTS, dua nama yang memainkan peranan besar dalam membawa K-pop ke pentas global. Sementara itu, jauh sebelum fenomena K-pop dan penstriman digital menguasai dunia, Jackson 5 terlebih dahulu membuktikan bagaimana sebuah lagu pop mampu merentasi generasi. Jadi, sempena mulanya bulan Oktober, apa kata kita kembali menyusuri beberapa lagu yang mempunyai tempat istimewa dalam sejarah muzik.

Daripada lagu yang menghidupkan nostalgia sehingga karya yang masih relevan untuk dimainkan berulang kali hari ini, ini ialah 10 lagu ikonik sepanjang zaman yang dilancarkan pada bulan Oktober.

#1 Wonderwall – Oasis (1995)

#2 Smooth Criminal – Michael Jackson (1988)

#3 These Walls – Kendrick Lamar

#4 Say It Right – Nelly Furtado (2006)

#5 APT – ROSÉ & Bruno Mars (2024)

#6 The Boys – Girls Generation (2011)

#7 Blood, Sweat & Tears – BTS (2016)

#8 Guerrila Radio – Rage Against the Machine (1999)

#9 I Want You Back – Jackson 5 (1969)

#10 About A Girl – Nirvana (1994)

Pautan berkaitan: LAGU ON REPEAT DI TIKTOK SEPTEMBER 2026

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

7 KONSERT TERBESAR DI KL PADA HUJUNG TAHUN 2026

7 KONSERT TERBESAR DI KL PADA HUJUNG TAHUN 2026

Bacaan Lanjut

PENAMPILAN JUNG KOOK DI KONSERT ARIRANG MENTAFSIR KOD RUMAH BALENCIAGA

Bacaan Lanjut
8 KUMPULAN K-POP SELF-PRODUCED YANG MENJADI BUKTI BAKAT MEREKA

8 KUMPULAN K-POP SELF-PRODUCED YANG MENJADI BUKTI BAKAT MEREKA

Bacaan Lanjut
8 LAGU IKONIK NYANYIAN MICHAEL JACKSON

8 LAGU IKONIK NYANYIAN ‘THE LEGENDARY’ MICHAEL JACKSON

Bacaan Lanjut

GRAMMYS 2026, FESYEN LELAKI JADI TUMPUAN

Bacaan Lanjut
5 LAGU K-POP HAMPIR POPULAR SEPERTI GANGNAM STYLE DAN APT

5 LAGU K-POP HAMPIR POPULAR SEPERTI GANGNAM STYLE DAN APT

Bacaan Lanjut