SENARAI PENCALONAN FFM35 KATEGORI PELAKON LELAKI
FFM35 kembali dengan pengumuman senarai pencalonan yang menghimpunkan barisan pelakon lelaki daripada pelbagai generasi dan latar belakang seni.
Bertemakan Spektrum Sinema, Festival Filem Malaysia ke-35 menghimpunkan bakat perfileman tempatan daripada pelbagai generasi untuk merebut pengiktirafan dalam industri seni tanah air. Malam Anugerah FFM35 dijadualkan pada 21 November 2026, bermula pada 8.30 malam dan akan disiarkan secara langsung menerusi TV2 RTM serta saluran YouTube FINAS.
Jadi, peminat filem tempatan boleh mengikuti kemeriahan acara ini dari rumah sambil menantikan keputusan bagi setiap kategori. Daripada bakat baharu yang semakin menyerlah hingga nama berpengalaman yang sudah lama mewarnai industri perfileman tempatan, setiap pencalonan menjadi pengiktirafan terhadap bakat dan sumbangan mereka dalam menghidupkan watak di layar perak.
Bagi kategori pelakon lelaki, sebanyak empat kategori menjadi perhatian, iaitu Pelakon Lelaki Harapan, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki dan Pelakon Lelaki Terbaik. Menariknya, beberapa judul filem seperti Abah Saya Uncle Mike dan Tarung: Unforgiven turut mewarnai senarai pencalonan menerusi lebih daripada satu kategori.
Pelakon Lelaki Harapan
Kategori Pelakon Lelaki Harapan mengetengahkan lima nama yang memperlihatkan potensi generasi baharu pelakon tempatan. Pencalonan ini memberi ruang untuk bakat-bakat baharu mendapat pengiktirafan atas keupayaan mereka membawakan watak serta potensi untuk terus berkembang dalam industri perfileman Malaysia.
#1 Mierul Aiman – Tarung: Unforgiven
#2 Merrah Muhaimin – Abah Saya Uncle Mike
#3 Shahfi Rafiq – Indera
#4 Tom Phan – Circus Of Life
#5 Xid Haixal – Denu
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Bakat muda turut mendapat tempat menerusi kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik yang menampilkan empat calon. Kehadiran mereka dalam senarai pencalonan membuktikan bahawa bakat lakonan tidak mengenal usia. Keupayaan membawa watak dengan meyakinkan pada usia muda turut menjadi antara aspek yang diraikan dalam festival filem berprestij ini.
#1 Karl’el – Khadam
#2 Umar Shakur – Abah Saya Uncle Mike
#3 Jordan Kuan – The Waves Will Carry Us

#4 Quzhairil Lona Walad (Todak) – Syurga Dalam Botol
Pelakon Pembantu Lelaki
Kategori Pelakon Pembantu Lelaki pula menghimpunkan lima pelakon yang membawa warna tersendiri kepada filem masing-masing. Watak pembantu memainkan peranan penting dalam membentuk perkembangan cerita dan menguatkan perjalanan watak utama. Justeru, persaingan dalam kategori ini pastinya menarik untuk diperhatikan, khususnya apabila melibatkan pelakon dengan pengalaman dan pendekatan lakonan yang berbeza.
#1 Wan Hanafi Su – Badak

#2 Andy Teh – Abah Saya Uncle Mike
#3 Aedy Ashraf – Tarung: Unforgiven
#4 Kuben Mahadevan – Macai
View this post on Instagram
A post shared by Kuben Mahadevan | Filmmaker | Travel | Adventure (@baby_koba)
#5 Sky Iskandar – The Furious: Pertaruhan Maruah
Pelakon Lelaki Terbaik
Menjadi antara kategori paling dinantikan, Pelakon Lelaki Terbaik FFM35 menyaksikan persaingan lima pelakon yang membintangi naskhah berbeza. Pertembungan nama-nama ini menjadikan kategori tersebut antara yang wajar diberi perhatian. Setiap calon hadir dengan pengalaman dan pendekatan tersendiri dalam menghidupkan watak, sekali gus memperlihatkan kepelbagaian bakat lakonan yang terus berkembang dalam sinema Malaysia.
#1 Shaheizy Sam – Badak
#2 Idan Aeden – Abah Saya Uncle Mike
#3 Eman Manan – 3 Hajat
#4 Beto Kusyairy – Gayong 2
#5 Amerul Affendi – Libang Libu
Setiap seorang pelakon inilah yang mencorak industri lakonan di Malaysia tahun ini. Ini menjadi bukti bahawa industri lakonan tempatan sememangnya dipenuhi dengan pelakon-pelakon lelaki yang berbakat, dan layak menerima lebih banyak perhatian. GLAM Lelaki juga tidak sabar untuk mengetahui siapa yang bakal meraih segala kemenangan ini.
Pautan berkaitan: AIM25: SITI NURHALIZA RAIH DUA ANUGERAH UTAMA, AISHA RETNO DINOBATKAN ALBUM TERBAIK
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GIORGIO ARMANI I WILL BUAT LELAKI YANG MELANGKAH DENGAN KEYAKINAN DAN IDENTITI TERSENDIRI
GLAM Lelaki menampilkan Amir Ahnaf, Irfan Zaini, Aedy Ashraf, Aniq Suhair, Aziz Harun dan Jazmy Juma bersama Giorgio Armani I WILL.
MUARA HOROLOGI: 5 SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER
Terokai sorotan jam tangan terbaharu Oktober yang menyatukan warisan, inovasi dan estetika kontemporari.
IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA PERKHIDMATAN ‘INDIVIDUALISATION’ EKSKLUSIF KE PAVILION KUALA LUMPUR
Buat pertama kalinya di Malaysia, IWC Schaffhausen membuka peluang kepada para pengunjung untuk merasai pengalaman Perkhidmatan Penyesuaian Individu di aras dua Pavilion Kuala Lumpur.
CABBEEN TERUS MENGUKUHKAN NAMA DI MALAYSIA, BUTIK KEEMPAT DI IOI CITY MALL
Jenama fesyen lelaki, CABBEEN, terus mengembangkan pengaruhnya di Malaysia menerusi pembukaan butik keempat di IOI City Mall, Putrajaya.
LEE SOO-MAN KEMBALI DALAM DUNIA MUZIK, KENALI 3 KUMPULAN DI BAWAH A2O ENTERTAINMENT
A2o Entertainment yang bernaung di bawah nama Lee Soo-man bawa semula genre K-Pop yang dirindui ramai dengan 3 kumpulan mereka.
LESS IS MORE: KEBANGKITAN GAYA ‘CLEAN BOY’
Gaya ‘clean boy’ semakin popular dalam kalangan lelaki dengan pilihan fesyen minimalis, warna neutral dan penampilan yang kemas.











