Skip to content

PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN

Kongsikan artikel ini

Fenomena Park Ji Hoon sekali lagi mencuri perhatian peminat di Malaysia menerusi kolaborasi istimewa bersama Superdry. Menggabungkan pengaruh fesyen jalanan dengan daya tarikan bintang Korea Selatan itu, koleksi edisi terhad Superdry x Park Ji Hoon bakal menjadi antara pelancaran yang dinantikan oleh peminat fesyen dan pengikut setianya. Dibawakan oleh FJ Benjamin, koleksi eksklusif ini bakal dilancarkan pada 30 Oktober 2026. Ia boleh didapati di butik Superdry, LaLaport Bukit Bintang City Centre (BBCC), Kuala Lumpur. Pelancaran ini turut menjadi penghargaan istimewa buat peminat Park Ji Hoon di Malaysia.

PENGALAMAN EKSKLUSIF BUAT PEMINAT PARK JI HOON

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Superdry MY (@superdry_my)

Melihat sambutan yang cukup menggalakkan daripada peminat tempatan, Superdry Malaysia turut melanjutkan tempoh pendaftaran kepada tiga hari berturut-turut, bermula 30 Oktober hingga 1 November 2026. Inisiatif ini memberi peluang kepada lebih ramai peminat untuk menyertai pengalaman membeli-belah eksklusif di LaLaport BBCC.

Peminat yang berjaya mendaftar akan diberikan keutamaan untuk mendapatkan koleksi edisi terhad ini. Namun, setiap pembelian dan hadiah promosi adalah tertakluk pada kuantiti yang tersedia serta diberikan berdasarkan konsep siapa cepat, dia dapat.

Lebih menarik, 100 pendaftar pertama yang memenuhi syarat setiap hari turut berpeluang menerima hadiah istimewa sepanjang acara berlangsung. Peminat disarankan mengikuti akaun Instagram dan Facebook rasmi Superdry Malaysia untuk mendapatkan maklumat pendaftaran serta perkembangan terkini.

GABUNGAN FESYEN JALANAN DAN PENGARUH BINTANG KOREA

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Superdry MY (@superdry_my)

Kolaborasi ini menggabungkan identiti fesyen jalanan Superdry dengan daya tarikan Park Ji Hoon di peringkat antarabangsa. Menerusi koleksi edisi terhad ini, peminat berpeluang meraikan artis kesayangan melalui fesyen. Pada masa yang sama, kolaborasi ini memberikan pengalaman istimewa buat pengikut setianya.

Bagi Superdry Malaysia, pelancaran ini turut mencerminkan pendekatan baharu dalam dunia peruncitan yang tidak lagi tertumpu kepada aktiviti membeli-belah semata-mata. Sebaliknya, jenama ini mahu mewujudkan pengalaman yang menggabungkan fesyen, budaya popular dan komuniti peminat dalam satu ruang.

Selain koleksi eksklusif dan aktiviti di butik, kempen ini turut diserikan dengan promosi bergerak di sekitar Kuala Lumpur bagi meningkatkan keterujaan menjelang pelancaran.

Jelas sekali, Superdry x Park Ji Hoon bukan sekadar kolaborasi fesyen biasa. Ia menjadi peluang untuk peminat membawa pulang sebahagian daripada kolaborasi istimewa ini, sambil meraikan pengaruh fesyen dan budaya popular Korea Selatan di Malaysia.

Pautan berkaitan: BAG CHARM UNTUK LELAKI? TREND YANG KIAN POPULAR DALAM MENSWEAR

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BAYU SOMERSET merdeka 118

DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118

Bacaan Lanjut

GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN

Bacaan Lanjut

ADZIM HARIZ, GAYA BERSAHAJA KREATIVITI LUAR BIASA

Bacaan Lanjut

UNIQLO X JW ANDERSON KEMBALI DENGAN GAYA BAHARU

Bacaan Lanjut

BEG LELAKI YANG GABUNGKAN FUNGSI DAN STAIL, TIRU GAYA BEG MEERQEEN INI

Bacaan Lanjut

FACE CARD NEVER DECLINES, MODEL LELAKI YANG SENTIASA ON POINT

Bacaan Lanjut