SEVENTEEN POP-UP BAKAL TEMUI CARATs DI KUALA LUMPUR NOVEMBER INI!
Peminat SEVENTEEN, CARATs berpeluang menikmati pengalaman istimewa menerusi SEVENTEEN POP-UP yang berlangsung di Ombak KLCC.
Berita baik buat CARATs di Malaysia! Pengalaman SEVENTEEN POP-UP yang dinanti-nantikan bakal dibawakan ke Kuala Lumpur November ini, sekali gus memberikan peluang kepada peminat untuk meraikan kecintaan mereka terhadap kumpulan tersebut. Berlangsung selama 18 hari sahaja, acara istimewa ini bakal membuka pintunya kepada peminat di Ombak KLCC, G-10 Ground Floor, Kuala Lumpur, bermula 13 November hingga 30 November 2026.

Menerusi pop-up ini, peminat berpeluang meluangkan masa bersama rakan-rakan CARATs, menambah koleksi barangan berkaitan SEVENTEEN serta menikmati pengalaman yang menghimpunkan komuniti peminat kumpulan tersebut di bawah satu bumbung.
Pemilihan Ombak KLCC sebagai lokasi acara turut memberikan suasana yang sesuai memandangkan destinasi gaya hidup berteraskan budaya dan hiburan itu merupakan antara tarikan baharu dalam kawasan KLCC.
Sepanjang tempoh penganjuran, SEVENTEEN POP-UP akan beroperasi setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Memandangkan acara ini berlangsung untuk tempoh terhad, peminat disarankan untuk merancang kunjungan lebih awal agar tidak terlepas peluang tersebut.
INFO SEVENTEEN POP-UP KUALA LUMPUR
- Tarikh: 13 hingga 30 November 2026
- Masa: 10 pagi – 10 malam
- Lokasi: Ombak KLCC, G-10 Ground Floor, Kuala Lumpur
Senarai Merchandise & Harga Pop-Up SEVENTEEN





Untuk mendapatkan pengumuman dan maklumat terkini mengenai SEVENTEEN POP-UP, peminat boleh mengikuti akaun Instagram dan TikTok rasmi @wehive_official.
Jadi, CARATs, jangan lupa tandakan kalendar anda dan bersiap sedia untuk memeriahkan SEVENTEEN POP-UP di Kuala Lumpur November ini!
Pautan berkaitan: KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DOMINASI G-DRAGON DAN STRAY KIDS, SENARAI PEMENANG MAMA AWARDS 2025
MAMA Awards 2025 kali ini dihiasi dengan barisan kemenangan dan persembahan yang luar biasa dari artis-artis yang mengujakan.
6 IDOL LELAKI KOREA YANG KERAP BERSENAM SEBAGAI INSPIRASI
Idol lelaki Korea ini menjadi inspirasi buat lelaki moden yang percaya kekuatan sebenar datang daripada disiplin dan konsistensi bersenam.
BARISAN SELEBRITI LELAKI ASIA DI PARIS FASHION WEEK SS26
Barisan selebriti lelaki Asia yang menghiasi Paris Fashion Week SS26 membawa identiti jenama masing-masing dengan penuh gaya tersendiri.
DOMINASI SELEBRITI LELAKI ASIA DI MILAN FASHION WEEK SS26
Milan Fashion Week SS26 baru sahaja melabuhkan tirai dengan koleksi menawan serta kehadiran selebriti-selebriti lelaki Asia yang menawan.
8 KONSERT K-POP PEMINAT HARAP BAKAL HADIR DI MALAYSIA
Walaupun Malaysia menjadi hotspot konsert K-Pop, masih banyak kumpulan yang peminat di Malaysia harap bakal hadir untuk konsert jelajah dunia.
EXO BAEKHYUN DAN D.O BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA SECARA SOLO
Ahli EXO, Baekhyun dan D.O bakal ke Malaysia secara individual untuk konsert solo mereka pada tahun ini. Penantian EXO-Ls kini tamat!











