Skip to content

ZEVE SAMBUT ULANG TAHUN KE-11 MENERUSI THE STYLE MANIFESTO, KOLEKSI FALL/WINTER 2026

ZEVE SAMBUT ULANG TAHUN KE-11 MENERUSI THE STYLE MANIFESTO, KOLEKSI FALL/WINTER 2026

Kongsikan artikel ini

ZEVE ini memperkenalkan kempen istimewa berjudul The Style Manifesto yang membawa satu mesej ringkas tetapi penuh makna.

Menampilkan gabungan gaya kontemporari dan elemen utilitarian, ZEVE meraikan ulang tahun ke-11 menerusi koleksi Fall/Winter 2026 (FW26). Mereka mengangkat personaliti serta identiti individu melalui gaya pemakaian. Sebelas tahun dalam industri fesyen menjadi satu lagi pencapaian bermakna buat ZEVE.

Menerusi koleksi Fall/Winter 2026 (FW26), ZEVE memperluaskan pilihan helaian ready-to-wear dengan gabungan jaket bertekstur, seluar utilitarian daripada fabrik kapas serta rangkaian kasut yang menyeimbangkan elemen klasik dan sentuhan moden. Kempen The Style Manifesto dibahagikan kepada tiga bahagian utama yang masing-masing mengetengahkan falsafah tersendiri dalam membentuk gaya peribadi.

Step With Intention

Membuka koleksi ini ialah Noren Hybrid Loafer dalam rona hitam yang menjadi antara tarikan utama rangkaian kasut ZEVE. Rekaannya menggabungkan siluet klasik loafer dengan tapak berstruktur arca serta perincian potongan geometri yang memberikan karakter lebih moden.

Selain itu, koleksi kasut FW26 turut merangkumi Riven Penny Loafer, Savio Woven Loafer, Regent Loafer dalam rona hitam dan suede coklat. Cavell Brogue Oxford berwarna Coffee serta Axten Sneakers dalam pilihan hitam dan Coffee.

zeve the style manifesto

Wear Your Point of View

Meneruskan naratif ulang tahun ke-11, Miller Corduroy Jacket tampil sebagai salah satu helaian istimewa dalam koleksi ini. Jaket tersebut dihiasi karya seni Zeve Prestige berona keemasan yang menampilkan ilustrasi harimau bersama perkataan ‘Kuala Lumpur’.

Pilihan pakaian luar turut diperluaskan menerusi Jacob Suede Jacket yang ditawarkan dalam rona hitam, hijau zaitun dan coklat. Turut melengkapkan rangkaian ini ialah Elliot Corduroy Jacket dalam warna biru navy. Serta, Isaac Chenille Jacket berona Heather Gray dengan perincian kolar berkontras.

zeve the style manifesto

Carry It With Confidence

Melengkapkan koleksi FW26 ialah Fatigue Pants yang diperbuat daripada 100 peratus fabrik kapas. Hadir dengan potongan berpinggang tinggi serta dua poket belakang berpenutup, seluar utilitarian ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Army Green, hijau dan biru gelap.

Perincian praktikal pada Fatigue Pants memberikan sentuhan kasual yang seimbang dengan karakter lebih kemas pada rangkaian kasut, daripada rekaan Noren Hybrid Loafer yang berstruktur hinggalah siluet klasik Cavell Brogue Oxford.

zeve the style manifesto

Koleksi The Style Manifesto Fall/Winter 2026 kini boleh didapati di butik ZEVE terpilih termasuk KL East Mall, Subang, Bangi dan Johor Bahru. Peminat fesyen juga boleh mendapatkan koleksi terbaharu ini menerusi laman sesawang rasmi zeve.com.my.

Pautan berkaitan: ZEVE LANCAR KOLEKSI MEN OF MEASURE, DEFINISI BAHARU GAYA LELAKI MODEN

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ANAABU, MINIMALIS TAPI BERKARAKTER

Bacaan Lanjut

ANYAMAN TRADISI DAN KEMODENAN DALAM BOHO MENGKUANG NAZIFI NASRI

Bacaan Lanjut
LOUIS VUITTON TAMBOUR CONVERGENCE MIRROR STEEL, DIALOG HALUS MASA LALU DAN MASA KINI

LOUIS VUITTON TAMBOUR CONVERGENCE MIRROR STEEL, DIALOG HALUS MASA LALU DAN MASA KINI

Bacaan Lanjut
SEVENTEEN POP-UP BAKAL TEMUI CARATs DI KUALA LUMPUR NOVEMBER INI!

SEVENTEEN POP-UP BAKAL TEMUI CARATs DI KUALA LUMPUR NOVEMBER INI!

Bacaan Lanjut
DAI FUAD, AKMAL ASYRAF DAN CHECH HARITH DARI KUDRAT 1968, WAJAH BAHARU YANG WAJAR DIBERI PERHATIAN

DAI FUAD, AKMAL ASYRAF DAN CHECH HARITH DARI KUDRAT 1968, WAJAH BAHARU YANG WAJAR DIBERI PERHATIAN

Bacaan Lanjut
PILIHAN IKONIK CALVIN KLEIN JUNG KOOK UNTUK KOLEKSI HOLIDAY 2026

PILIHAN IKONIK CALVIN KLEIN JUNG KOOK UNTUK KOLEKSI HOLIDAY 2026

Bacaan Lanjut