10 TROFI MENJADI MILIK KHADAM, TURUT DINOBATKAN FILEM TERBAIK FFM35
Khadam dinobatkan sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia 35 (FFM35) selain merangkul 10 trofi melalui filem seram itu.
Filem Khadam mencipta kejayaan besar apabila dinobatkan sebagai Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya. Kemenangan tersebut bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Khadam sebagai antara karya terbaik tahun ini. Malah, melayakkan filem berkenaan menerima insentif bernilai RM1 juta menerusi Dana Kandungan Kreatif (DKK) berserta trofi kemenangan.
Khadam berjaya menewaskan empat filem lain yang turut tercalon dalam kategori Filem Terbaik iaitu Mother Bhumi, Malam Terlarang, Macai dan Abah Saya Uncle Mike. Lebih membanggakan, filem arahan Shamyl itu turut mendominasi malam anugerah dengan membawa pulang sembilan lagi kemenangan. Ia sekali gus menjadikan keseluruhan 10 trofi berjaya diraih.
Shamyl turut dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik menerusi karya tersebut. Manakala pelakon cilik Zarra Zhaff atau Ezarra Nurzhaffira membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Antara kategori lain yang dimenangi Khadam termasuk Lakon Layar Terbaik, Tatarias dan Solekan Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik serta Sinematografi Terbaik.
Anugerah Khas Juri Di FFM35
Filem ini turut menerima Anugerah Khas Juri yang diberikan kepada Aghniny Haque atas persembahannya dalam filem berkenaan. Dalam pada itu, filem Badak turut mencuri perhatian. Filem itu membawa pulang tiga trofi menerusi kategori Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik dan satu lagi Anugerah Khas Juri.
Malam kemuncak FFM35 turut menyaksikan dua nama besar industri seni tanah air, Ahmad Yatim dan Fauziah Ahmad Daud. Mereka menerima Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan serta perjalanan seni mereka. Sementara itu, pengarah veteran Panchacharam P Nalliah atau lebih dikenali sebagai Pansha turut menerima Anugerah Seniman Khas.
Pelakon-pelakon Khadam turut menghiasi majlis malam itu. Siti Khadijah Halim, Aghniny Haque, Zarra Zaff dan Karl El antara yang turut hadir malam itu. Kejayaan Khadam meraih 10 trofi pada FFM35 membuktikan kekuatan karya tersebut dalam pelbagai aspek pembikinan filem, sekali gus menjadikan edisi kali ini sebagai malam yang cukup bermakna buat seluruh pasukan produksinya.
Pautan berkaitan: TROFI PELAKON LELAKI HARAPAN FFM35 DIRANGKUL OLEH MIERUL AIMAN MENERUSI TARUNG: UNFORGIVEN
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PELAKON LELAKI TERBAIK AKHIRNYA MILIK SHAHEIZY SAM DI FFM 35!
Pelakon yang penuh dihormati, Shaheizy Sam, memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Filem Festival Malaysia ke-35 melalui watak Badak.
GL PLAYLIST: DENGAR 10 LAGU YANG DILANCARKAN PADA BULAN NOVEMBER INI!
It's still November! Tambah lagu-lagu ini dalam playlist anda untuk bulan ini, nikmati lagu dari artis seluruh dunia.
GLAM LELAKI NOVEMBER 2026, SIMBIOSIS #HAEYANG. MENAMPILKAN HAEL HUSAINI & DAYANG NURFAIZAH SECARA ESKLUSIF!
Selesa melewati perjalanan karier yang sudah stabil sebagai pemuzik, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah utuh sebagai figura seni muzik.
SENARAI PEMENANG FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-35 TAHUN 2026!
Festival Filem Malaysia berlanjur buat kali yang ke-35, meraikan filem tempatan dengan 30 kategori anugerah.
LOEWE HIDUPKAN DUNIA SURREAL TIM BURTON
LOEWE menghidupkan dunia fantasi Tim Burton menerusi koleksi The Nightmare Before Christmas yang menggabungkan seni, fesyen dan imaginasi.
KAMI IS THE VIBE ! HIGH CULTURED x INSOMNIACKS
HIGH CULTURED X INSOMNIACKS tampil dengan kolaborasi streetwear eksklusif yang menggabungkan muzik, fesyen dan identiti anak muda.











