Skip to content

PELAKON LELAKI TERBAIK AKHIRNYA MILIK SHAHEIZY SAM DI FFM 35!

PELAKON LELAKI TERBAIK MILIK SHAHEIZY SAM DI FFM 35!

Kongsikan artikel ini

Pelakon yang penuh dihormati, Shaheizy Sam, memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Filem Festival Malaysia ke-35 melalui watak Badak.

Shaheizy Sam mencipta sejarah setelah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di FFM35 Sabtu lalu. 15 tahun setelah memenangi anugerah tersebut buat kali pertama, Sam dinobatkan sekali lagi buat wataknya dalam filem Badak. Festival yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya ini mempersembahkan 30 anugerah secara keseluruhan, dimana undian dilakukan melalui sistem pemarkahan gabunang penilaian bekas pemenang festival serta panel juri profesional.

Badak merupakan filem arahan M. Raihan Halim, ditayangkan pada 2 Oktober 2025. Ia mengisahkan perjalanan hidup Badak, seorang bapa tunggal yang pekak, dalam membesarkan anaknya Mirah. Minat Mirah dalam dunia muzik HipHop mula mencipta sengketa antara dua beranak tersebut. Filem tersebut turut dibintangi oleh Aida Amron, Wan Hanafi Su dan Kahoe Hon. Lebih menarik lagi, pelakon utama kedua dalam filem Badak, Aida Amron, juga meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik. Secara keseluruhan, filem Badak menerima tiga anugerah: Anugerah Khas Juri, Pelakon Lelaki Terbaik, dan Pelakon Wanita Terbaik.

Pada awalnya, pelakon 44 tahun ini tidak mahu menaruh harapan yang terlalu tinggi untuk memenangi anugerah tersebut. Tambahan pula, ini merupakan tahun kelima dia dicalonkan buat kategori tersebut setelah empat tahun tidak dinobat. “Lima tahun berturut-turut saya menggenggam speech. Tahun lepas tak menang, saya buang. Sekarang saya tak tahu nak cakap apa dah,” guraunya ketika diatas pentas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FINAS Malaysia (@finasmalaysia)

Lebih mengejutkan, Shaheizy Sam juga menunjukkan rasa syukurnya dengan cara memberi semula kepada komuniti. “Sam nak hadiahkan balik kepada semua orang di luar sana. Siapa yang datang kafe Abdul’s esok pagi, 100 pizza pertama percuma.” Tahniah Shaheizy Sam!

Artikel berkaitan: SENARAI PEMENANG FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-35 TAHUN 2026!

Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

SENARAI PEMENANG FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-35 TAHUN 2026!

SENARAI PEMENANG FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-35 TAHUN 2026!

Bacaan Lanjut
TROFI PELAKON LELAKI HARAPAN FFM35 DIRANGKUL OLEH MIERUL AIMAN MENERUSI TARUNG: UNFORGIVEN

TROFI PELAKON LELAKI HARAPAN FFM35 DIRANGKUL OLEH MIERUL AIMAN MENERUSI TARUNG: UNFORGIVEN

Bacaan Lanjut
TONTON 5 FILEM YANG TERCALON KATEGORI FILEM TERBAIK DI FFM35

TONTON 5 FILEM YANG TERCALON KATEGORI FILEM TERBAIK DI FFM35

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SENARAIKAN PEMENANG FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-34

GLAM LELAKI SENARAIKAN PEMENANG FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-34

Bacaan Lanjut