Skip to content

IMBAS LOOK SELEBRITI DAN KUMPULAN LELAKI DI KARPET MERAH MAMA 2026

IMBAS LOOK SELEBRITI DAN KUMPULAN LELAKI DI KARPET MERAH MAMA 2026

Kongsikan artikel ini

Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2026 kembali dengan kehadiran selebriti Korea di karpet merah dengan penuh gaya. 

Setiap kali acara anugerah berprestij berlangsung, tumpuan bukan sahaja terarah kepada senarai pemenang dan persembahan pentas yang mencuri perhatian. Malah, gaya fesyen yang diperagakan para selebriti di karpet merah turut menjadi antara perkara paling dinantikan. Begitu juga dengan penganjuran Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2026. Mereka sekali lagi menghimpunkan barisan bintang popular Korea Selatan serta figura antarabangsa dalam sebuah malam penuh gemerlapan.

MAMA 2026 turut menyaksikan beberapa nama besar industri K-pop membawa pulang trofi berprestij. Kumpulan sensasi BTS mencipta kejayaan besar apabila merangkul anugerah Artist of the Year dan Album of the Year menerusi album ARIRANG. Sementara itu, ENHYPEN membawa pulang Fans’ Choice of the Year. Manakala kumpulan generasi baharu CORTIS mencipta kejutan tersendiri apabila memenangi Song of the Year menerusi lagu REDRED. Tidak ketinggalan, BIGBANG turut menerima pengiktirafan Music Visionary of the Year sebagai penghargaan terhadap pengaruh dan sumbangan mereka dalam industri muzik.

Bukan sekadar platform untuk meraikan pencapaian dan sumbangan anak seni dalam industri muzik, MAMA turut menjadi pentas buat para selebriti menampilkan sisi fesyen serta personaliti masing-masing. Semua ini menerusi pilihan busana yang digayakan. Daripada sut serba hitam yang tampil klasik dan elegan, persalinan berpotongan moden yang lebih berani, sehinggalah gaya eksperimental yang mencerminkan identiti tersendiri, setiap penampilan hadir dengan daya tarikan yang berbeza.

Justeru, selain meraikan barisan pemenang yang mencipta sejarah tersendiri di MAMA 2026, apa kata kita imbas kembali deretan penampilan selebriti dan kumpulan lelaki yang berjaya mencuri perhatian di karpet merah? Ini antara gaya yang membuktikan bahawa pesona mereka bukan sahaja terserlah menerusi bakat muzik, malah turut menyerlah dalam dunia fesyen.

#1 Cortis

#2 WOODZ

#3 &TEAM

#4 Park Bogum

#5 ENHYPEN

#6 TREASURE

#7 LNGSHOT

#8 ALPHA DRIVE ONE

#9 NCT WISH

#10 MODYSSEY

#11 Lee Chae-min

#12  ZEROBASEONE

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PELAKON LELAKI TERBAIK AKHIRNYA MILIK SHAHEIZY SAM DI FFM 35!

PELAKON LELAKI TERBAIK MILIK SHAHEIZY SAM DI FFM 35!

Bacaan Lanjut
GL PLAYLIST: DENGAR 10 LAGU YANG DILANCARKAN PADA BULAN NOVEMBER INI!

GL PLAYLIST: DENGAR 10 LAGU YANG DILANCARKAN PADA BULAN NOVEMBER INI!

Bacaan Lanjut

GLAM LELAKI NOVEMBER 2026, SIMBIOSIS #HAEYANG. MENAMPILKAN HAEL HUSAINI & DAYANG NURFAIZAH SECARA ESKLUSIF!

Bacaan Lanjut
10 TROFI MENJADI MILIK KHADAM, TURUT DINOBATKAN FILEM TERBAIK FFM35

10 TROFI MENJADI MILIK KHADAM, TURUT DINOBATKAN FILEM TERBAIK FFM35

Bacaan Lanjut
SENARAI PEMENANG FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-35 TAHUN 2026!

SENARAI PEMENANG FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-35 TAHUN 2026!

Bacaan Lanjut

LOEWE HIDUPKAN DUNIA SURREAL TIM BURTON

Bacaan Lanjut