PERATURAN UTAMA PEMAKAIAN KEMEJA T BERGRAFIK
Kemeja T yang plain, atau hanya mempunyai satu-satu warna sahaja mungkin agak bosan bukan! Fesyen adalah satu eksperimen. Sekiranya anda memakai kemeja T kosong setiap hari, apa kata anda cuba untuk menggayakan yang bergrafik pula. Ya, mungkin bukan semua lelaki sukakan kemeja T bergrafik tetapi ramai di antara anda yang menjadikan gaya ini ‘pakaian’ harian anda. Jadi, anda perlu untuk memastikan pemakaian anda benar-benar tepat agar tiada yang memandang sinis nanti. Oleh itu, GL senaraikan 3 peraturan utama pemakaian kemeja T bergrafik.
1.PILIH GRAFIK YANG KENA DENGAN PERSONALITI ANDA
Di pasaran, banyak kemeja T yang menawarkan pelbagai grafik yang boleh anda ‘pasangkan’ dengan attitude dan personaliti anda. Jika anda gemarkan gaya rock n roll, pilih grafik yang ke arah itu. Logo-logo rock band ataupun grafik alatan dan ritma muzik juga memberi inspirasi. Sekiranya anda seorang yang kasual serta nerdy, grafik kaca artwork cukup kena dengan anda. Pastikan juga grafik yang dipilih tidak berlebihan!
2. USIA MAIN PERANAN PENTING
Oklah, pemakaian kemeja T datang dengan risiko tertentu, kerana tidak semua sesuai mengayakannya. Untuk lelaki yang berumur 30-an dan ke atas, pemakain kemeja T bergrafik akan membuatkan anda kelihatan tidak matang. Namun, anda masih boleh memakainya namun perlulah pilih pilih corak yang solid seperti jalur atau petak. Selain itu, anda boleh menyarungkan blazer atau bikers jacket di luar badan agar anda nampak padan dengan usia namun tetap bergaya.
3. MINIMAKAN AKSESORI
Pemakaian kemeja T bergrafik sering kali agak heavy kerana grafik berkenaan. Oleh itu, untuk keseluruhan gaya anda dinasihatkan agar mengurangkan aksesori lain yang turut memiliki corak grafik seperti cermin mata, seluar dan kasut. Nasihat kami, pasangkan dengan aksesori yang kosong agar gaya anda lebih seimbang dan tidak kelihatan berlebihan.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 21 Februari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LESS IS MORE: KEBANGKITAN GAYA ‘CLEAN BOY’
Gaya ‘clean boy’ semakin popular dalam kalangan lelaki dengan pilihan fesyen minimalis, warna neutral dan penampilan yang kemas.
PENUH GAYA, STYLE’S CHOICE GL THE MAN AWARDS 2026 MILIK HAKIMI NOORDIN
Hakimi Noordin ungguli kategori Style’s Choice di GL The Man Awards 2026, membuktikan gaya dan karismanya berjaya mencuri hati peminat!
MADE LOCAL: 5 JENAMA KASUT MALAYSIA YANG MENARIK UNTUK LELAKI
Kenali jenama kasut pilihan lelaki, daripada gaya mewah hingga kasut sukan dan rekaan tempatan yang menyerlahkan penampilan harian.
DARI FITNESS KE FESYEN BERSAMA AIMRAN JAMIL
Aimran Jamil berkongsi perjalanan daripada kecergasan ke fotografi serta evolusi gaya dalam dunia content creator.
OLD MONEY HAIR: 5 GAYA RAMBUT LELAKI UNTUK TAMPIL EKSKLUSIF
Ingin tampil segak dan eksklusif? Kenali 5 gaya rambut lelaki berkonsepkan old money yang buat anda kelihatan kemas, bergaya dan berkelas!
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.


















