Skip to content

PUTERA WILLIAM TERIMA PENGIKTIRAFAN TIDAK DISANGKA

Kongsikan artikel ini

Siapa menyangka, Putera William dianggap tidak ubah seperti selebriti kelas atasan selepas beliau dicalonkan untuk anugerah yang dia tidak pernah disangkakan. Selain dari sibuk dengan urusan pentadbiran negara serta persiapan berpindah ke London, Putera William telah menerima pencalonan untuk menerima Anugerah LGBT untuk kategori “Straight Ally”. Wah hebat!

prince-william-s-last-name_a673e3a69e76a682

Pengasasas Anugerah NatWest Brisith LGBT 2017 Sarah Garrett turut menerangkan bahawa anugerah ini bakal membariskan mereka yang telah memberikan inspirasi dan mengunakan landasan mereka untuk membantu dan menyokong hak-hak LGBT di setiap pelusuk dunia. Ternyata anugerah ini menjadikan Putera William antara kerabat diraja yang disenangi oleh semua pihak dan golongan masyarakat.

Selain daripada menjadi kerabat diraja pertama untuk menghiasi muka hadapan sebuah majalah LGBTQIA+ Attitude,  khabarnya sesemua calon yang layak mendapat tempat dalam senarai pendek tetapi buat masa ini giliran khalayak umum pula untuk memilih pemenang mereka sebelum upacara ini berlangsung di London pada 12 May nanti.

6292-Prince-William3-p

gty_prince_william_kb_150528_12x5_1600

Selain Putera William, nama-nama besar lain yang turut tercalon untuk kategori ini adalah penyanyi Ariana Grande, Macklemore, Emma Watson, Anne Hathaway, Patrick Stewart, James Corden, Thierry Henry serta JK Rowling. Oleh itu, sama-sama kita nantikan siapakah yang bakal disenaraipendek dan pemenangnya.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 23 Februari 2017.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

MADE LOCAL: 5 JENAMA KASUT MALAYSIA YANG MENARIK UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut

OLD MONEY HAIR: 5 GAYA RAMBUT LELAKI UNTUK TAMPIL EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026

SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026

Bacaan Lanjut

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA: DALAM RENTAK SENDIRI

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI

Bacaan Lanjut
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

Bacaan Lanjut