Skip to content

GAYA RAMBUT BARU ZAYN MALIK BIKIN NETIZEN BERTELAGAH

Kongsikan artikel ini

Sebagai seorang teman lelaki yang romantis lagi penyayang, Zayn Malik ‘spotted’ hadir menyokong kekasih hatinya, siapa lagi kalau tidak bukan Gigi Hadid sewaktu pertunjukan fesyen jenama Balmain untuk Minggu Fesyen Paris baru-baru ini. Namun, rambut Zayn yang hangat menjadi bualan.

Zayn hadir dan duduk di bangku hadapan dengan sarungan kasual jaket all black dengan army printed. Ya, Zayn memang terkenal dengan keberaniannya untuk tidak takut bereksperiman dalam berfesyen.

Yang menariknya, tidak ramai yang memperkatakan tentang Gigi atau persembahan fesyen tersebut. Ini kerana perhatian dunia sewaktu itu teralih kepada stail rambut baru yang Zayn gayakan.

Zayn Malik hadir dengan stail gaya rambut yang baru sewaktu Minggu Fesyen Paris dan rambut Zayn ini menyebabkan netizen dunia bertelagah.

(Photo credit: Getty Images)

RAMBUT ZAYN BUAT NETIZEN BERTELAGAH

Ia seakan kelihatan sebahagian panjang rumbutnya distailkan di sebelah muka, dan respon mereka yang menyaksikan berbelah. Ada yang memuji, namun ada yang mengatakan stail rambut itu adalah stail lama yang tidak ‘update’.

Bagi kami pula, tidak kira apa sahaja rambut dia gayakan, dia bertuah dikurniakan wajah yang tampan. Wajah ini sebenarnya memastikan dia tampak sentiasa kemas dan ranggi walaupun gaya rambutnya menjadi pergaduhan antara peminat-peminat bekas penyanyi One Direction ini.

Zayn Malik hadir dengan stail gaya rambut yang baru sewaktu Minggu Fesyen Paris dan rambut Zayn ini menyebabkan netizen dunia bertelagah.

(Photo credit: Getty Images)

Ini beberapa respon dari netizen tentang rambut terbaru penyanyi ini:

Namun, ramai beranggapan perubahan stail rambut Zayn ini tidak menghairankan, memandangkan beliau memang suka bereksperimen dengan rambut panjang miliknya itu dan Zayn sendiri sering mewarnainya. Jadi apa pula pandangan anda? Yay or Nay?

Teks Wan Mohd Firdaus

Artikel berkaitan: HARRY STYLES VS. ZAYN MALIK: SIAPA LEBIH KAYA?

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BAYU SOMERSET merdeka 118

DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118

Bacaan Lanjut

KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN

Bacaan Lanjut

SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut

PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN

Bacaan Lanjut

GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN

Bacaan Lanjut

ADZIM HARIZ, GAYA BERSAHAJA KREATIVITI LUAR BIASA

Bacaan Lanjut