Skip to content

FERNANDO TORRES KRITIKAL?

Kongsikan artikel ini

Penyerang Atletico Madrid, Fernando Torres, dilaporkan pengsan serta tidak sedarkan diri sewaktu bertemu Deportivo la Coruna pada aksi La Liga, awal pagi tadi. Bekas penyerang Liverpool dan Chelsea itu mengalami kecederaan trauma otak selepas tidak sedarkan diri apabila kepalanya terhantuk dengan pemain lawan pemain Deportivo, Alex Bergantinos, lima minit sebelum perlawanan berakhir dan kelihatan sudah tidak sedarkan diri ketika dia terjatuh dengan kuat.

“Pemain kami, yang kini stabil mengalami hentakan kuat di kepalanya pada penghujung perlawanan dan sudah dibawa ke hospital menggunakan ambulans. Fernando akan menghabiskan satu malam di bawah pengawasan”, jelas Atletico dalam satu kenyataan,

Selepas kejadian, pemain dari kedua-dua pasukan pantas meminta bantuan perubatan sejurus Torres terjatuh ke padang. Pertahanan Atletico, Jose Maria Gimenez juga kelihatan menangis ketika peminat-peminat Deportivo berdiri bagi memberi penghormatan kepada penyerang kebangsaan Sepanyol itu ketika dia dibawa keluar daripada padang.


Sejurus Torres dikeluarkan, Atletico terpaksa bermain dengan 10 pemain selama tujuh minit kerana sudah menggunakan ketiga–tiga pemain gantian. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri satu sama. Sama-sama kita doakan agar Fernando Torres kembali sihat seperti sedia kala.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 3 Mac 2017

 

 

 

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BAYU SOMERSET merdeka 118

DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118

Bacaan Lanjut

KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN

Bacaan Lanjut

SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026

SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA: DALAM RENTAK SENDIRI

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI

Bacaan Lanjut
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?

Bacaan Lanjut