Apa benar dakwaan ini? Adakah air reburan ubi sebenarnya mampu untuk menurunkan berat badan?  Untuk pengetahuan anda, ubi keledek sebenarnya kaya dengan sumber vitamin A, mempunyai antioksidan dan anti-penuaan, dan juga sering kali dikaitkan dengan pencegahan penyakit kanser. Namun, berdasarkan kajian terbaru yang didapati dalam laman web elsevier.com, bukan ubi keledek namun air rebusan ubi keledek sebenarnya mampu untuk kurangkan berat badan anda.

Ya, berdasarkan jurnal Heliyon yang dipaparkan dalam laman tersebut mendapati air sisa dari masakan ubi keledek sebenarnya boleh memberi kesan kelangsingan tubuh badan dan boleh membantu sistem penghadaman. Kajian ini dijalankan oleh satu pasukan penyelidik dari Pertanian Negara Jepun dan Pertubuhan Penyelidikan Makanan, yang mencari jalan untuk menggunakan semula air sisa daripada pemprosesan berskala industri ubi keledek yang didapati sebenarnya berkhasiat.

Seterusnya kajian yang diketuai oleh Dr. Koji Ishiguro dari National Agriculture and Food Research Organization di Jepun dijalankan ke atas beberapa kumpulan ekor tikus.  Para penyelidik memberi makan kepada tiga kumpulan tikus dengan tiga set makanan – iaitu diet lemak yang tinggi, protein percernaan peptida dari keledek (SPP) – pada kepekatan yang tinggi dan satu kumpulan lagi pada kepekatan yang lebih rendah. Selepas 28 hari mereka tikus tersebut ditimbang dan mendapati kumpulan tikus yang diberi protein percernaan peptida dari keledek (SPP) dengan kepekatan tinggi mempunyai berat badan dan jisim jauh lebih rendah dari dua kumpulan tikus yang lain.

Walaupun kajian ini belum lagi diaplikasikan kepada manusia, air rebusan ubi keledek mungkin berguna untuk anda. Jadi, tidak salah mencuba kan!

Oleh Wan Mohd Firdaus, 2 Mac 2017