GAYA RAMBUT BARU ZAYN MALIK BIKIN NETIZEN BERTELAGAH
Sebagai seorang teman lelaki yang romantis lagi penyayang, Zayn Malik ‘spotted’ hadir menyokong kekasih hatinya, siapa lagi kalau tidak bukan Gigi Hadid sewaktu pertunjukan fesyen jenama Balmain untuk Minggu Fesyen Paris baru-baru ini. Namun, rambut Zayn yang hangat menjadi bualan.
Zayn hadir dan duduk di bangku hadapan dengan sarungan kasual jaket all black dengan army printed. Ya, Zayn memang terkenal dengan keberaniannya untuk tidak takut bereksperiman dalam berfesyen.
Yang menariknya, tidak ramai yang memperkatakan tentang Gigi atau persembahan fesyen tersebut. Ini kerana perhatian dunia sewaktu itu teralih kepada stail rambut baru yang Zayn gayakan.
RAMBUT ZAYN BUAT NETIZEN BERTELAGAH
Ia seakan kelihatan sebahagian panjang rumbutnya distailkan di sebelah muka, dan respon mereka yang menyaksikan berbelah. Ada yang memuji, namun ada yang mengatakan stail rambut itu adalah stail lama yang tidak ‘update’.
Bagi kami pula, tidak kira apa sahaja rambut dia gayakan, dia bertuah dikurniakan wajah yang tampan. Wajah ini sebenarnya memastikan dia tampak sentiasa kemas dan ranggi walaupun gaya rambutnya menjadi pergaduhan antara peminat-peminat bekas penyanyi One Direction ini.
Ini beberapa respon dari netizen tentang rambut terbaru penyanyi ini:
Very into Zayn's Human League haircut at Balmain. pic.twitter.com/ubASdK3vGJ
— Alexander Fury (@AlexanderFury) March 2, 2017
Yikes I gotta be the only one that doesn't like Zayn's new haircut
— zayn malik (@goIdenwoman) March 2, 2017
Is it this haircut that's back today?? #ZaynatBalmain pic.twitter.com/Gx4mi8esWi
— 🪜WAPPACHOOSAYNUTHIN (@zayn_107) March 2, 2017
Namun, ramai beranggapan perubahan stail rambut Zayn ini tidak menghairankan, memandangkan beliau memang suka bereksperimen dengan rambut panjang miliknya itu dan Zayn sendiri sering mewarnainya. Jadi apa pula pandangan anda? Yay or Nay?
Teks Wan Mohd Firdaus
Artikel berkaitan: HARRY STYLES VS. ZAYN MALIK: SIAPA LEBIH KAYA?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Ombak KLCC hadir sebagai destinasi gaya hidup di Kuala Lumpur, menggabungkan seni bina unik, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah moden.
SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR
118 Mall kini dibuka di Menara Merdeka 118, menawarkan pengalaman membeli-belah, gaya hidup dan seni bina moden di Kuala Lumpur.
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.
ADZIM HARIZ, GAYA BERSAHAJA KREATIVITI LUAR BIASA
Adzim Hariz berkongsi perjalanan sebagai content creator, inspirasi dan gaya peribadi yang mencerminkan keaslian serta identiti tersendiri.













