The Style of Speed
April 18, 2016

Bayangkan. Jejaka memakai sut lengkap sambil mengemudi papan luncur sekitar litar perlumbaan F1. Yakin dan penuh gaya menangani setiap kelok litar lumba, kekal segak pada kelajuan 70 batu sejam.
Begitulah visual dinamik dirakamkan dalam video khas “The 70mph Skater”, projek khas yang diterbit untuk meraikan peranan Hackett London sebagai Official Clothing Supplier pasukan Williams Racing untuk tahun kedua.
Sejak mula bertanding pada 1978, Williams Racing kini memegang rekod 114 kemenangan Grand Prix. Sempena kejayaan membanggakan ini, Hackett menghasilkan 114 pasang sut edisi terhad Hackett Williams Racing.
Untuk video ini, Hackett merekrut skateboarder supremo Liam Morgan, yang kelihatan meluncur sambil menggayakan sut istimewa Hackett Williams Racing di litar Paul Ricard berdekatan Marseille, Peranchis.



Uniknya, sut ini direka menggunakan ultra-performing lightweight wool, satu komposisi fabrik dicipta eksklusif untuk Hackett. Sesuai untuk musim F1 dengan cuaca yang sukar diramal, sifat kalis air pada sut ini membolehkan anda menangani hujan manakala ciri fabrik yang amat breathable pula memberi keselesaan dalam iklim panas.
Kesemua 114 pasang sut Hackett Williams Racing juga dihiasi lakaran teknikal kereta lumba Williams pada lining-nya. Sebagai elemen eksklusif, setiap satu persalinan ini mewakili satu daripada 114 kemenangan Grand Prix Williams, dengan info negara dan tahun kemenangan ditulis pada label bespoke setiap sut.
Tambahan lagi, sut edisi terhad ini mempunyai ciri regangan semulajadi yang membenarkan kebebasan untuk bergerak, menjamin keselesaan baik tatkala bermesyuarat di pejabat ataupun semasa memecut di atas papan luncur pada kelajuan 70 batu sejam.
Tontoni video “The 70mph Skater” di bawah.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FAKTA MENGENAI JAZMY JUMA DAN ZARIF GHAZZI ANDA PERLU TAHU
Wajah hadapan Februari 2026 GLAM Lelaki, Jazmy Juma dan Zarif Ghazzi berkongsi 5 fakta tentang diri mereka yang anda semua perlu tahu.
RANCANG BERBUKA PUASA? 5 RESTORAN BAHARU DI KLGCC MALL BOLEH DICUBA
Barisan restoran-restoran yang wajib dikunjungi bersama kawan dan keluarga kini berada di mall baharu di Kuala Lumpur, KLGCC Mall.
GAYA MODEST DAN STYLISH NEELOFA YANG BOLEH JADI INSPIRASI
Neelofa, satu nama yang sering dipadankan sebagai ikon gaya, fesyen dan gaya hidup yang menjadi ikutan ramai di Malaysia.
PRE-SPRING / FESTIVE 2026 KIT WOO TAFSIRAN BAHARU BUSANA RAYA OLEH KIT WOO
KIT WOO memperkenalkan Pre-Spring / Festive 2026, The Everyday Wardrobe naratif moden busana Raya yang direka untuk dipakai sepanjang tahun.
NEXT WAVE ICONS ZARIF GHAZZI DAN JAZMY JUMA : ALIF SATAR SEBAGAI INSPIRASI
Next Wave Icons: Zarif Ghazzi dan Jazmy Juma berkongsi inspirasi, disiplin kerja dan persediaan mereka sebagai bintang generasi baharu.
SYAWAL, BUT MAKE IT YOU: STAIL SEMULA TRADISI DENGAN KREATIVITI
Syawal 2026 menyaksikan generasi baharu mentafsir semula Baju Melayu dan tradisi Raya dengan sentuhan moden.











