SIGNIFIKAN WARNA TALI LEHER DAN IMPAKNYA
Tali leher sememangnya antara item wajib ada buat lelaki khusunya mereka yang bekerja dalam dunia profesional. Malah teknik pengayaannya jika betul dengan kena pasti akan menyerlahkan personaliti seorang lelaki. Malah lelaki bebas memilih warna dan corak tali leher sesuai dengan trend terkini. Namun, agar tidak salah penampilan, anda perlu memahami signifikan di sebalik corak dan warna tali leher seperti disenaraikan.
Signifikan Warna Tali Leher Dan Impaknya
1.BIRU
Warna yang paling popular sepanjang masa malah sangat kena digayakan dengan apa jua kemeja. Signifikan biru sebagai simbol ketulusan hati, tenang dan nyaman. Ia pula menggambarkan sifat yang jujur, pekerja yang rajin dan rendah hati. Secara psikologinya, warna ini memberi kesan ketenangan. Digalakkan untun dipakai sewaktu temuduga kerja.
2. MERAH
Merah adalah warna yang dapat menggambarkan cinta dan kemarahan, bahaya dan keberanian, dan tanda sensualiti seseorang. Anda mungkin juga dianggap seorang yang tegas dan tidak gentar. Sesuai dipakai ketika membentangkan kertas kerja mahupun presentation.
3. OREN / JINGGA
Bukanlah warna yang popular dan jingga kemerahan menggambarkan tanda bahaya. Boleh dipakai tetapi sekali sakala tidak salah. Harus bijak menyesuaikan dengan warna kemeja. Kemeja putih adalah yang terbaik untuk dipadankan dengan tali leher oren.
4. HITAM
Secara amnya, hitam adalah warna yang tidak menarik dan simbol kedukaan. Namun, jika hitam dipadukan dengan garis yang cerah akan menjadi tali leher yang elegan. Pastikan ia dipadankan dengan kemeja yang cerah seperti biru atau putih krim.
5. KELABU
Menggambarkan kesungguhan seseorang untuk mendapatkan sesuatu. Ya, warna ini sinonim dengan lambang kuasa dan keupayaan.
6.KUNING
Tali leher kuning adalah refleksi impak seorang yang muda di hari, penuh harapan dan bahagia.
7. HIJAU
Memberikan kesan pada si pemakai sebagai seseorang yang berwawasan luas, tapi sulit untuk difahami tetapi jujur.
8. COKLAT
Warna yang kelihatan agak kotor dan serabut, namun ia sebenarnya menggambarkan sifat yang terbuka dan mempunyai daya pengetahuan yang kuat.
9. BERGARIS
Konservatif, teratur, boleh diharapkan, ceria dan teman yang menghibur.
10. POLKADOT
Lebih banyak dipakai oleh pelawak, menimbulkan impak kesan humor dan lucu, apalagi dengan bulatan yang besar, bulatan kecil memberikan kesan yang lebih baik. Ia menandakan anda seorang yang cukup senang disenangi.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 6 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.













