Skip to content

PHARRELL X CHANELS GABRIELLE BAG

Kongsikan artikel ini

Bukan lagi asing dalam keluarga Chanel, penyanyi RnB terkenal Pharrell mengikat kontrak dan seterusnya membintangi kempen terbaru jenama Chanel untuk koleksi beg tangan terbaru yang ternyata punya keunikkannya tersendiri. Pharrell juga turut memperagakan koleksi barangan kemas Chanel untuk lelaki dalam kempen beg tangan ini.

Chanel’s Gabrielle handbag ad campaign

Mendapat sentuhan jurugambar terkenal Karl Lagerfeld, koleksi beg tangan yang diperaga oleh Pharrell ternyata menyuntik satu kelainan berikutan permintaan beg tangan yang telah menjadi salah satu item wajib ada buat lelaki zaman kini. Malah, beg tangan tersebut ‘jauh’ sekali dari bersifat terlampau feminin.

Dalam temubual dengan media baru-baru ini, Pharrell juga turut menyatakan keinginan beliau dalam pemakaian beg tangan dalam kehidupannya seharian. “Pertama kali saya memakainya, saya tiada apa-apa barang untuk diletakkan didalamnya. Namun kini saya rasa sangat teruja. Kini saya letak telefon dan juga barangan peribadi di dalam beg tersebut”.

Pharrell yang juga dikenali sebagai seorang yang ‘bold’ dan berani dalam berfesyen ternyata kena dengan misi jenama ini untuk memperkasakan pemakaian beg tangan buat kaum lelaki.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 13 Mac 2017

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN

Bacaan Lanjut

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut

LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR

Bacaan Lanjut

DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL

Bacaan Lanjut
LIMA TIPS PENGGAYAAN FESYEN ALA KABILAN JELEVAN

LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN

Bacaan Lanjut
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026

Bacaan Lanjut