ROBERT PATTINSON X DIOR HOMME FALL 2017
Divisi pakaian lelaki jenama antarabangsa Christian Dior, iaitu Dior Homme menamakan pelakon kacak, Robert Pattinson sebagai wajah ekslusif kempen musim luruh Dior Homme. Menonjolkan koleksi karpet hitam untuk musim luruh ini, ia diketuai oleh pereka fesyen Belgium terkenal iaitu Kris Van Assche, manakala editorial fesyen untuk koleksi ini pula dirakam oleh sentuhan jurugambar / pereka terkenal Karl Lagerfield.

Mempamerkan secara jelas kepakaran jahitan dan teknikal unsur fabrik, gabungan busana mewah maskulin, serta pakaian jalanan dan sukan menyerlahkan persembahan kempen kali ini. Yang menariknya, latar belakang bangunan Paris di sebalik malam gelita mewakili aura klasik dan misteri jenama ini.

Turut memuji aura Robert Pattisnson, Lagerfeld mengulas, “Robert seorang yang sangat senang untuk bekerja. Dan pada masa yang sama, terdapat suatu yang misteri tentang penampilannya. Profilnya adalah visi moden dengan suntikan koin antik”. Sebelum ini, Robert Pattinson turut memperagakan kempen-kempen Dior sebelum ini iaitu Dior Homme DIORCOMPOSIT1.0 sunglasses dan koleksi musim sejuk tahun lepas.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 27 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA
Siapa bakal menguasai Arrakis? Robert Pattinson dan Timothée Chalamet bertembung dalam filem epik Dune: Messiah.
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.
DESERT HEAT: 5 PEMPENGARUH MALAYSIA YANG HADIR DI COACHELLA 2026
Lihat bagaimana 5 pempengaruh popular Malaysia termasuk Alvy Joanna dan Milleh Christian menakluki Desert Heat: Coachella 2026
THE ‘QUIET LUXURY’ EXIT: MENGAPA JENAMA MEWAH KINI KEMBALI KE ERA LOGO MAKSIMAL?
Ketahui bagaimana trend avant-garde ini mencabar norma minimalisme dan menentukan masa depan gaya lelaki yang lebih berani serta artistik.
RECAP FESYEN RED CARPET ROBERT PATTINSON & ZENDAYA PROMOSIKAN FILEM ‘THE DRAMA’
Lihat gaya ikonik Zendaya dan Robert Pattinson di red carpet filem The Drama. Dari arkib Vivienne Westwood ke Dior, segalanya ada di sini.
OMEGA SPEEDMASTER X-33: JAM TANGAN RASMI MISI ARTEMIS II
OMEGA Speedmaster X-33 mengiringi kru Artemis II ke Bulan. Teroka jam tangan titanium NASA dengan enjin Calibre 1666 yang jitu.











