PHIL DUNCAN KEKAL TEGAP WALAU BERCUTI SAMBIL MENIKMATI PIZZA
Tiada apa yang lebih mengembirakan dari melakukan aktiviti yang anda gemari, tambahan pula dua aktiviti mengujakan, dalam satu masa yang sama! Meet Phil Duncan. Bintang dan bloger kecergasan kacak yang mulai tular diperkatakan netizen gara-gara hobinya yang suka bercuti, sambil mengunyah makanan kegemarannya itu, iaitu piza. Walaupun piza terbukti antara makanan segera yang mengandungi jumlah kalori dan lemak yang banyak, namun kondisi tubuh Phil Duncan tetap tegap dan terjaga. Wo! How he did that!?
TRAVEL SLICE
Phil seperti lelaki yang lain, sukakan cabaran. Beliau gemar mengembara ke lokasi-lokasi baru, sama seperi beliau sukakan piza. Jadi, Phil membuat keputusan untuk ‘menyelit’ hidangan kegemarannya itu dalam setiap perjalanannya. Khabarnya, Phil mulai gian dengan hidangan piza sejak usianya 5 tahun, sewaktu di Disneyland Paris. Sejak daripada itu, Phil sudah merasai lebih 30 jenis piza dari 30 negara merentasi 5 benua, dan turut berkongsi kelazatan pengambaraanya dalam blog kembaranya yang diinspirasi oleh piza, yang bertajuk Travel Slice. Malah, di akaun Instagramnya sahaja, Phil sudah mempunyai hampir 24 ribu pengikut yang ternyata ‘terhibur’ dengan pengambaraan Phil.
KEKAL TEGAP DAN SASA
Selain ‘bernafsu’ dengan piza dan menikmatinya setiap hari, yang menariknya tubuh Phil tetap tegap dan sasa, seolah pengambaraan dan permakanan piza seakan tidak memberi efek pada tubuhnya. Menerusi temu bual Phil bersama dengan satu majalah kecergasan antarabangsa, Phil menjelaskan “I earn my pizza. Saya akan pastikan saya bersenam dan kekal aktif secukupnya, bagi menikmati piza. Pada setiap hari saya menikmati piza, ia memberikan saya motivasi untuk mencabar diri dan memanfaatkan setiap senaman yang saya lakukan”.
Ya, sudah pasti rutin senaman sukar untuk dilakukan sekiranya anda banyak mengembara. Jadi apa agaknya rahsia Phil kekal berstamina walau sentiasa bergerak? Ini respon Phil.

![]()
“Walaupun saya tiada akses ke gim di lokasi kembara saya, saya akan pastikan diri saya kekal aktif dengan berlari. Saya amat gemarkan rutin larian di bandar dan lokasi baru. Saya menyedari ia adalah satu-satunya cara untuk melihat dan menghidu dunia baru. Selain dari kekal positif, daripada mengambil teksi untuk ke mana-mana, saya memilih untuk berjalan. Malah sewaktu menunggu penerbangan, masa terluang saya akan melakukan rutin-rutin seperti push up, squad & dips”.
DIET
Bagaimana pula dengan kuantiti pengambilan piza yang anda ambil? Dan bagaimana dengan diet harian anda? “Sewaktu remaja dahulu, saya menikmati piza 5 kali seminggu. Tetapi sekarang, saya akan makan piza hanya dalam tempoh beberapa kali seminggu. Pertama, saya menyedari gol saya, iaitu menjaga penampilan dan mengekalkan tubuh badan yang kuat dan sihat. Walaubagaimanapun, saya juga mengemari hidangan sihat yang lain, selain piza. Ini kerana, apabila saya mengembara, sudah pasti saya akan mencuba kepelbagaian hidangan yang menarik untuk dirasai. Yang pasti, saya tidak akan berkompromi dengan pengalaman tersebut hanya semata-mata untuk mendapatkan 6 pak. Jadi saya akan pastikan saya menikmati setiap kembara namun tetap sedar dengan kepentingan menjaga kesihatan tubuh badan.
Photo credit: (Instagram @phil.duncan)
Oleh Wan Mohd Firdaus, 27 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
















