PIETRO BOSELLI X BENCH/BODY’S 2017
Guru matematik terkacak di dunia, siapa lagi kalau bukan Pietro Boselli mulai dikenali dan semakin mendapat tempat di hati khususnya jenama-jenama pakaian lelaki terkemuka dunia. Dengan pakej sempurna seorang lelaki Alpha, Pietro kini dilamar pula untuk menjadi wajah ekslusif kempen seluar dalam untuk jenama BENCH/Body untuk tahun 2017.
Model yang berasal dari Itali ini mulai terkenal apabila gambarnya mengajar di sebuah sekolah menengah mulai tersebar dan seterusnya diberi julukan ‘World Hottest Math Teacher’. Semenjak dari itu, Piatro mulai menerima tawaran tiada henti yang inginkan beliau untuk menjadi model dan duta untuk pelbagai kempen.
Untuk kempen ini, Pietro dilihat menayangkan susuk tubuh badannya yang hampir sempurna, di mana aksinya dirakam oleh jurugambar berpengalaman Wong Sim. Pietro sebelum ini cukup serasi dengan kempen-kempen seluar dalam di mana beliau pernah memperagakan untuk kempen seperti Charlie Classics, Emporio Armani dan banyak lagi.
Saksikan video eksklusif kempen yang dibintangi Pietro menunjukkan persediaanya melakukan senaman sebelum memulakan pengambaran.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 30 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENUH GAYA, STYLE’S CHOICE GL THE MAN AWARDS 2026 MILIK HAKIMI NOORDIN
Hakimi Noordin ungguli kategori Style’s Choice di GL The Man Awards 2026, membuktikan gaya dan karismanya berjaya mencuri hati peminat!
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.















