SIMBAHAN FESYEN & MUZIK DI GLAM X GLAM LELAKI REBEL YOUTH PARTY
Malam semalam, bertempat di EX8 Subang Jaya, berlangsungnya sebuah pesta penuh ‘happening’ meraikan simbiosis fesyen dan muzik dalam satu pentas yang sama, yakni Rebel Youth Party daripada GLAM dan GLAM Lelaki, yang dibawakan khas oleh Coach.
Parti yang bermula seawal pukul 7 malam itu menyaksikan kehadiran para selebriti tempatan popular tanah air serta jemputan-jemputan khas terdiri daripara klien, model-model ternama, jururias artis, sosial media influencers, karyawan serta ahli-ahli media lain yang turut sama menghangatkan suasana pada malam itu.
Mendapat ilham daripada himpunan Coach Spring 2017 yang berteraskan sub-genre muzik dan jiwa muda si ‘pemberontak’, parti ini dibahagikan kepada tiga segmen yang juga dijadikan tema dress code: tetamu dijemput untuk memilih antara gaya Rock n’ Roll, Punk ataupun Hip Hop.
Yang pasti, beberapa artis dan personaliti hadir dalam persalinan Coach Spring 2017, antaranya Alvin Chong, Nabil Mahir, Fahad Iman, Andre Amir, Sean Lee, DJ Nas-T, Bront Palarae, Ryzal Jaafar dan sudah tentunya, cover guy GL April 2017, Redza Rosli. Tidak ketinggalan kehadiran artis-artis wanita yang kelihatan sangat stylish dan jelita dengan menyarung koleksi Coach, misalnya Azira Shafinaz, Hunny Madu, Juliana Evans, Tuti Noor dan ramai lagi.
https://www.instagram.com/p/BSgPye2FVvH/?taken-by=glamlelaki
https://www.instagram.com/p/BSgSsP9lQ71/?taken-by=glamlelaki
https://www.instagram.com/p/BSgU__ullKk/?taken-by=glamlelaki
https://www.instagram.com/p/BSgPKdzFJH7/?taken-by=glamlelaki
https://www.instagram.com/p/BSgYLlHl3RA/?taken-by=glamlelaki
https://www.instagram.com/p/BSgYq1_lthY/?taken-by=glamlelaki
https://www.instagram.com/p/BSgpxOCFA7z/?taken-by=glamlelaki
Segmen Hip Hop membuka Rebel Youth Party, dengan setlist khas susunan DJ Nas-T yang mula dimainkan tatkala tetamu mendaftar masuk ke arena majlis. Persembahan tarian penuh bertenaga dari Swag Studio Projects yang ternyata menggamatkan suasana melengkapi segmen Hip Hop. Selepas tamat persembahan, kedengaran deruman enjin motor berkuasa besar yang dibawakan khas oleh Rascals Motor Club membawa masuk hos pada malam itu, the one and only, Sazzy Falak.
https://www.instagram.com/p/BSgX9LjlIaB/?taken-by=glamlelaki
Kemudian, Sazzy Falak menjemput ke atas pentas kedua editor GLAM Lelaki, Abdul Aziz Draim dan Timbalan Editor GLAM, Yana Baharuddin untuk memberi ucapan, diikuti tayangan khas video di sebalik tabir pembikinan sampul GLAM Lelaki April 2017 juga tayangan perdana fashion film pertama terbitan GLAM!
Untuk segmen Rock n’ Roll, satu kejutan istimewa buat tetamu – kumpulan alternatif pertama Malaysia tampil membuat comeback! Pentas Rebel Youth Party seterusnya diambil alih oleh kumpulan OAG yang tampil dengan lagu-lagu popular mereka untuk halwa telinga para jemputan, antaranya Merpati Putih, Slamber dan single pertama yang menaikkan nama mereka ke arus perdana, 60’s TV. Persembahan disusuli laungan irama punk sebelum sentuhan latar dan bait tempo muzik melewati pelbagai genre muzik untuk mengajak tetamu berdansa, courtesy of DJ Nas-T .
https://www.instagram.com/p/BSgY–9F8nH/?taken-by=glammalaysia
GLAM Lelaki ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, terutama sekali kepada semua penaja iaitu Coach, GrabMy, Beautiful Machines, Rascals Motor Club, Instamedia Premium Solution juga liputan khas oleh H! Live.
Rindu pada muzik OAG? Kita layan hit mereka 60’s TV sama-sama!
Oleh Wan Mohd Firdaus, 6 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
COACH PLAY: DESTINASI TRENDI TERBARU DI KUALA LUMPUR YANG WAJIB KUNJUNGI
Destinasi Eksperiensial Unik Coach Play APW bukan sekadar butik; ia adalah kedai konsep eksperiensial yang merangkumi seni kraftangan dan inovasi jenama Coach. Terinspirasi oleh semangat New York dan elemen gaya hidup moden Kuala Lumpur, Coach Play APW menghidangkan pengalaman visual dan interaktif yang meraikan warisan dan ekspresi seni—menjadikannya tempat yang wajib dikunjungi bagi pencinta fesyen…
SENI ‘RE-LOVING’ KOLEKSI MUSIM BUNGA 2025 COACH
Dilancarkan di Spur, High Line Kota sibuk New York, Coach melancarkan koleksi Musim Bunga 2025.
COACH PLAY IPOH KINI DIBUKA
Coach Malaysia melancarkan destinasi beli-belah terbaharu, Coach Play Ipoh yang turut menyaksikan pembukaan Coach Coffee Shop yang pertama di Malaysia.
COACH KINI MEMBUKA THE COACH RESTAURANT PERTAMANYA DI JAKARTA
Label fesyen, Coach kini mengumumkan pembukaan The Coach Restoran dan Coach Coffee Shop di Grand Indonesia Mall, menandakan kemunculan pertama jenama itu dalam industri hospitaliti.
COACH ‘WEAR YOUR SHINE’ BERSAMA DOVE CAMERON, LIL BUCK, KEMIO, LEE YOUNG-JI & SONG YANFEI
Coach melancarkan koleksi Coach Shine melalui kempen “Wear Your Shine” untuk meningkatkan keyakinan diri bersama Dove Cameron, Lil Buck, Kemio, Lee Young-ji dan Song Yanfei.
COACH RUJUK STAIL KEINDIVIDUAN LIL NAS X
COACH cukup mengagumi stail dan keperibadian Lil Nas X. Maka itu, COACH menjemput penyanyi tersebut untuk hadirkan koleksi yang terbaru.