Skip to content

RAHSIA RANJANG DAVID BECKHAM DAN VICTORIA AKHIRNYA TERDEDAH

Kongsikan artikel ini

Rumah tangga Victoria dan David Beckham bukan tidak pernah dilanda badai, tetapi ikon fesyen itu mendedahkan hubungan asmara yang bagus membantu memulihkan hubungan mereka. David disifatkan sebagai lelaki sempurna di mata kebanyakan wanita seluruh dunia. Kacak, berpengaruh, popular, kaya dan lelaki budiman juga seorang ayah yang bertanggunjawab. Mungkin bagi wanita lain, Victoria bertuah memiliki David, tetapi bagi lelaki lain, ia sebaliknya.

(Photo credit: Mirror.co.uk)

Victoria dilihat lebih dominan berbanding David dalam hubungan, apatah lagi anak-anak mereka mengakui Victoria lebih garang berbanding bapa mereka. Bagaimana agaknya pula apabila mereka diranjang? Siapa lebih dominan? Dan akhirnya, Victoria sendiri berkongsi kisah asmara mereka secara terbuka.

Victoria mendedahkan kesibukan mereka berdua menghadkan hubungan intim, dan disebabkan itu mereka menggunakan peluang bersama dengan baik. Victoria menerusi sebuah interview bersama Yahoo Entertainment juga secara terbuka bercerita mengenai saiz ‘Mr Smile’ David yang memuaskan. Victoria juga mengakui terpaksa bekerja keras di ranjang supaya David sentiasa mengingatinya ke mana sahaja dia pergi. GL yakin anda pernah mendengar skandal terdahulu David bersama wanita lain, jadi tidak mustahil Victoria perlu kelihatan cantik dan hangat di mata David setiap masa.

Dalam pada itu, Victoria mengakui David seorang lelaki yang romantik sejak dari awal perkenalan mereka. “Ketika dating dulu, kami banyak meluangkan masa dalam kereta dan berbual tentang pelbagai topik selama berjam-jam. Pesan Victoria, sebagai wanita moden, jangan sesekali mengabaikan penampilan diri dan juga suami kamu. Itupun kalau tidak mahu suami kamu lari dengan wanita lain.

Sumber: Cosmopolitan Malaysia

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

RESEPI RAHSIA HAEL HUSAINI: DISEBALIK KEJAYAAN DUA DASAWARSA DALAM INDUSTRI MUZIK

DUA DEKAD HAEL HUSAINI: ANTARA AMBISI, EVOLUSI DAN LEGASI

Bacaan Lanjut
the weeknd KL

PERSONALITI YANG HADIR KE KONSERT AFTER HOURS TIL DAWN KL!

Bacaan Lanjut
BAYU SOMERSET merdeka 118

DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118

Bacaan Lanjut

KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN

Bacaan Lanjut

SUDAH DIBUKA! 118 MALL MENJADI TARIKAN BAHARU KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut

DORM GL: DIANTARA PERSONA FANTASI DAN REALITI NIK RIFAIE

Bacaan Lanjut