Skip to content

BRAD PITT DEDAH KEHIDUPANNYA SELEPAS PENCERAIAN

Kongsikan artikel ini

Buat pertama kali selepas penceraianya bersama isteri, Angelina Jolie, pelakon Brad Pitt akhirnya terbuka untuk bercerita tentang kehidupannya menangani dilema itu. Dalam temubual bersama dengan sebuah majalah antarabangsa baru-baru ini. beliau membuat keputusan untuk berhenti meminum alkohol serta tidak lagi mengambil sebarang ubat-ubatan terlarang. Malah, ujar Brad lagi, beliau kini sedang menjalani terapi dan kini mencuba sehabis baik untuk menyelesaikan masalahnya dengan Jolie secara tenang dalam privasi.

Berdasarkan laporan Reuters, pelakon filem Moneyball itu mengakui amat suka melakukan terapi tersebut yang dilaluinya dua kali seminggu. Tuntutan penceraian Anjelina Jolie secara tiba-tiba pada September 2016 ternyata menimbulkan kejutan tidak disangka dalam dunia Hollywood. Pasangan yang dikenali sebagai Brangelina  dan dianggap pasangan paling secocok ini , bernikah pada 2014 dan memiliki enam orang anak.

Pitt turut mengatakan perpisahannya dengan Jolie, 41 tahun menjadi motivasi untuk dirinya berubah menjadi insan yang lebih baik. Pitt mengaku sudah berhenti minum alkohol, dan menggantinya dengan jus kranberry dan air karbonasi.Mengenai perceraiannya pula, Pitt mengatakan beliau dan Jolie memutuskan untuk bekerjasama untuk menyelesaikan masalah mereka. Pitt juga mengakui banyak meluangkan masa melakukan hasil kerja seni dengan tangannya, seperti menggunakan tanah liat, plaster dan kayu bagi mengisi masa lapangnya.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 8 Mei 2017

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

AMIR AHNAF

GLAM LELAKI JULAI 2026 MENAMPILKAN AMIR AHNAF, PEMBENTUK SINEMA MALAYSIA KINI

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026 BERSAMA ALPHA: DALAM RENTAK SENDIRI

GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI

Bacaan Lanjut
ALPHA'S FAVOURITE WARDROBE, RIZAL RASID DAN GAYA FESYEN YANG TERSENDIRI

ALPHA’S FAVOURITE WARDROBE, RIZAL RASID DAN GAYA FESYEN YANG TERSENDIRI

Bacaan Lanjut
THE SHAPESHIFTER: 5 PENAMPILAN RAMBUT TERBAIK OLEH ALICIA AMIN

THE SHAPESHIFTER: 5 PENAMPILAN RAMBUT TERBAIK OLEH ALICIA AMIN

Bacaan Lanjut

NEW HAIR, NEW IZAT IBRAHIM: EVOLUSI GAYA RAMBUTNYA

Bacaan Lanjut

BLEU DE CHANEL, KARISMA LELAKI, TERJEMAHAN MELALUI GAYA

Bacaan Lanjut