Skip to content

KEMBALI KE PANGKAL JALAN, INI 8 FAKTA MENGEJUTKAN TENTANG MARIA OZAWA

Kongsikan artikel ini

Meet Maria Ozawa, seorang bekas bintang filem pornografi dari Jepun yang difahamkan cukup popular suatu ketika dahulu yang kini dikatakan sudah tidak insaf.

Tular di laman-laman sosial mahupun sesawang tentang kehadiran seorang wanita anggun dan cantik, tiba di Kuala Lumpur, sehinggakan bikin netizen menggila seketika (suatu ketika dahulu, ketika artikel ini ditulis). Pengumuman kehadirannya oleh dirinya sendiri di laman Instagramnya mendapat reaksi netizen yang rata-rata cukup teruja tentang kedatangannya.

Dan baru-baru ini, beliau mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan buat semua pengikut-pengikutnya di Indonesia. Namun, siapakah gerangan wanita itu? Meet Maria Ozawa, seorang bekas bintang filem pornografi dari Jepun yang difahamkan cukup popular suatu ketika dahulu. Oleh itu, GLAM Lelaki terpanggil untuk menyelidik lebih mendalam dan ini dia 8 fakta tentang Maria Ozawa.

Namun, di sini kami menegaskan bahawa menonton pornografi adalah satu tabiat yang merosakkan, berdosa dan sewajarnya dielakkan. Walaupun dirinya pernah dipalit kisah ‘hitam’, diharapkan bacaan kisah silamnya dalam artikel ini boleh dijadikan panduan dan batasan buat kita semua. Kemudian, yang pasti jika sudah tiba masanya, manusia boleh berubah bila-bila masa sahaja.

 

Berikut adalah 8 fakta mengenai Maria Ozawa yang ramai mungkin tidak tahu:

1. Maria Ozawa dilahirkan 8 Januari 1986 dan dia adalah seorang pelakon pornografi (AV – adult video atau filem lucah untuk tontonan dewasa) yang terkenal, menggunakan nama pentas, Miyabi. Maria dilahirkan di Hokkaido Jepun. Ibunya seorang warga Jepun, manakala bapanya seorang yang berbangsa Perancis dan beketurunan Kanada.

 

2. Maria Ozawa mulai terlibat dengan kegiatan berlakon dalam filem-filem lucah sejak usianya masih muda. Pada tahun 2005, Maria memulakan kariernya sebagai Miyabi di salah satu syarikat penghasilan foto dan video tersebut dan menandatangani kontrak tersebut pada usianya 19 tahun.

 

3. Maria pertama kali diperkenalkan dalam industri perfileman lucah melalui sahabat baiknya. Akibat dari keputusan yang dibuat, Maria diusir dari keluarganya sendiri dan sehingga hari ini Maria tidak lagi berhubungan dengan keluarga termasuk teman-teman rapatnya.

 

4. Selain membintangi filem-filem adult video (AV), Miyabi juga aktif dalam filem-filem V-cinema, MTV Jepun, dan di Yokohama Hip Hop Group sebagai model dalam video klip lagu Summer Time in the D.S.C.

 

5. Maria Ozawa khabarnya kini sudah menetap di Manila. Filiphina sejak April 2015 dan sudah berhenti dari terlibat dalam mana-mana filem AV. Maria kini dilihat cukup aktif sebagai seorang pelakon filem dan sering kali muncul dalam beberapa siri tv di sana. Maria juga turut menjadi model untuk beberapa produk kecantikan. Walaupun Maria sudah dikatakan berhenti dari terlibat dalam filem-filem sebegitu, namun Maria mengakui sendiri TIDAK mengalakkan kawan-kawannya untuk terlibat dalam industri itu.

 

6. Khabarnya, Maria Ozawa yang berumur 31 kini berada di Asia dan sudahpun mempunyai seorang teman lelaki, iaitu seorang chef dan model Jose Sarasola.

 

7. Pengalaman pertama Maria Ozawa beraksi adalah dalam iklan 30 saat sewaktu usianya 16 tahun.

 

8. Khabarnya, Maria Ozawa pernah cuba untuk berubah dan bekerja di dalam pejabat. Namun sebaik saja rakan-rakan sepejabat mengetahui tentang kisah kehidupannya, ramai yang mula menjauhkan diri daripadanya.

 

Baca lebih lanjut: PENYERI OLIMPIK TOKYO! 5 ATLET WANITA INI MEMILIKI KECANTIKAN SETANDING SUPERMODEL

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut

“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
Tomok diangkat sebagai Alphamen GLAM Lelaki 2023

“JANGAN MUDAH LEKA DAN LALAI DENGAN SEGALA IMPIAN YANG INDAH DI LUAR SANA” – TOMOK #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut

“KITA PERLU MENORMALISASIKAN PERBUALAN KESIHATAN MENTAL. HENTIKAN STIGMA SETIAP LELAKI PERLU “SUCK IT UP” ATAU “BE A MAN” – KHOON HOOI #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

Bacaan Lanjut