ADIDAS PERKENALKAN PUREBOOST DPR
Adidas memperkenalkan PureBOOST DPR, rekaan inovasi khas kepada para pelari yang tidak gentar mencabar diri dengan apa jua persekitaran khususnya di bandar. Ini kerana reka bentuk kasut larian ini ternyata lincah dan adaptif ini turut menampilkan kombinasi teknologi BOOST iaitu ‘heel-to-toe offset 8mm‘ yang baru.

Ia berfungsi mewujudkan satu platform BOOST semulajadi untuk menyimpan dan membebas tenaga secara berkesan setiap kali tapaknya menghentak tanah, sekaligus membolehkan pelari merasakan kakinya seolah-olah ‘menyentuh’ atas jalan untuk pengalaman larian yang maksimum. PureBOOST DPR dicipta untuk membantu para pelari meredah apa jua ketidaktentuan di jalan bandaran, misalnya mengelak trafik dan laluan yang dipenuhi pejalan kaki.

Ciri-ciri utama kasut ini merangkumi:
- Kait pekeliling sekeping bahagian atas kasut – Diuji dengan teknologi Aramis untuk padanan boleh suai dan tanpa kelim, ia menutupi seluruh bahagian tengah tapak kaki (midfoot) dari dalam sehingga ke luar. Ini sekaligus menjamin keselesaan pemakainya pada setiap masa tidak kira laluan dan rintangan yang ditempuhi.
- Sistem kaunter padanan tumit – direka untuk menambahbaik sokongan terhadap tapak kaki dan tumit, sekaligus menjadikan pergerakan lebih selesa dengan kasut yang dipakai.
- Bahagian depan kaki yang lebih luas – menyediakan satu platform stabil yang membantu pemakainya menyesuaikan diri di ketika berlaku peralihan pergerakan apabila berlari di pelbagai jenis permukaan jalan dan sudut jalan bandaran.
- Tapak luar Stretchweb – menjamin rentak larian yang lebih lancar dan fleksibel, bergabung secara berkesan dengan BOOST untuk menyerlahkan sepenuhnya potensi seseorang pelari itu.
- BOOST – Pengkusyenan lembut dan selesa yang ultra-responsif bertindak menyimpan dan membebaskan tenaga secara cekap setiap kali kaki menghentak ke tanah.
Adidas PureBOOST DPR boleh didapati melalui laman shop.adidas.com.my dan kedai-kedai mulai 18 Mei pada harga runcit yang disyorkan RM699 sepasang.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 15 Mei 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
VISI KREATIF BERWAWASAN UZAIR SHOID
Bayu, koleksi keempat oleh Uzair Shoid, terus menjadi bukti bahawa pereka fesyen dari Utara ini perlu diperhati.
EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026
Daripada fenomena tas Hermès Haaland hingga trend warna icy blue, lihat empat trend hangat yang membuktikan hubungan rapat antara FIFA dan fesyen.
5 ITEM KOLABORASI PIALA DUNIA FIFA 2026 TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI
Teroka 5 item kolaborasi Piala Dunia FIFA 2026 terbaik pilihan GLAM Lelaki. Dari Loewe ke adidas, miliki gaya 'Blokecore' ini sekarang!
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.










