AVENGER HURRICANE 20TH EDITION, RAI DUA DEKAD KEUNGGULAN BREITLING
Bersempena ulang tahun Breitling yang ke 20, salah satu jenama jam swiss terkemuka dunia, Breitling baru-baru ini telah memperkenalkan jam eksklusif edisi ke 20 Avenger Hurricane dengan kerjasama pengedar mewah Watches of Switzerland meraikan dua dekad Breitling dalam industri horologi.

Atas sebab itu, siri Avanger Hurricane dirombak semula dengan suntikan lebih menyerlah dari segi spesifikasi, teknikal dan rupa menjadikan jam ini lebih maskulin dan mewah. Antara ciri-ciri mewah yang ditampilkan adalah casing dimensi XXL 50 yang sama namun digantikan dengan material berteknologi tinggi yang digelar Breitlight. Ini bermaksud jam ini 3.3 kali ganda lebih ringan berbanding titanium serta 5.8 kali ganda lebih ringan dari besi, namun tetap mampan dan keras.

Disetkan dengan serlahan jingga di atas kedua dialnya, elemen kehitaman gunung berapi dengan matte natural serta tali jam berasaskan jahitan militari, sudah pasti jam ini lebih bergaya dan sesuai untuk apa jua keadaan dan masa. Selain itu, jam ini dikuasakan oleh gerakan Breitling’s Calibre B01 yang diperakui oleh COSC (Swiss Official Chronometer Testing Institute) dek penetapan masa yang unggul dan ciri kronograf di pukul 9, 6 dan 3.

Khabarnya, jam ini terhad dan hanya 20 jam tangan eksklusif ini saja akan dijual di pasaran.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 24 Mei 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MUARA HOROLOGI: 5 SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER
Terokai sorotan jam tangan terbaharu Oktober yang menyatukan warisan, inovasi dan estetika kontemporari.
IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA PERKHIDMATAN ‘INDIVIDUALISATION’ EKSKLUSIF KE PAVILION KUALA LUMPUR
Buat pertama kalinya di Malaysia, IWC Schaffhausen membuka peluang kepada para pengunjung untuk merasai pengalaman Perkhidmatan Penyesuaian Individu di aras dua Pavilion Kuala Lumpur.
ZARIF GHAZZI MENCERMINKAN KARISMA ROYAL OAK OFFSHORE
Zarif Ghazzi membuka interpretasi tersendiri terhadap rekaan terbaharu Royal Oak Offshore, menyerlahkan semangat yang kekal relevan serta tenaga berani yang menjadi identiti koleksi ikonik ini.
FOSSIL SIGNATURE CS-1, KEMBALINYA FOSSIL KE ARENA PEMBUATAN JAM TANGAN SWISS
Reka bantuk minimalis, identiti jelas, serta ketukangan jam tangan Switzerland menjadi tumpuan utama Fossil Signature CS-1.
7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!
Lihatkan tujuh sorotan jam tangan baharu yang menjadi tumpuan horologi bulan September.
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS
Berikut ialah 6 jam tangan alternatif untuk anda lihat sekiranya kita berkongsi jam tangan impian yang sama.










