Skip to content

ELAK DEHIDRASI KETIKA BERPUASA

Kongsikan artikel ini

Dalam perubatan, dehidrasi atau hypohydration adalah kehilangan air badan secara berlebihan diikuti dengan gangguan terhadap proses metabolik. Kehilangan air dalam badan ini mewujudkan ketidakseimbangan nutrient dan mineral penting. Sepanjang Ramadan, cuaca yang tidak menentu turut beri kesan pada wajah dan juga tubuh. Sama ada hujan atau diselar terik matahari akan buatkan kulit lebih mudah mengering dan dehidrasi. Oleh itu, ikuti cara mudah dan ringkas yang GL sediakan untuk anda elak dehidrasi ketika berpuasa.

Photo credit: l-men.com

  • Mulakan ketika sahur yakni minum air suam dengan banyak.
  • Ambil makanan seperti telur dan minum susu. Jika anda tidak meminati makanan berat kala bersahur, boleh cuba buah-buahan yang tinggi kandungan air seperti tembikai, anggur atau tomato.
  • Elakkan mengambil makanan pedas, ia sebenarnya akan menyerap lembapan dengan mengeluarkan haba dari dalam badan.
  • Minum cecair lain selain daripada air, seperti jus buah-buahan, untuk menggantikan nutrien dan mineral yang hilang.
  • Selain itu anda digalakkan minum minuman isotonik kerana ini dapat melegakan dehidrasi anda secara berkesan. Cuba elakkan minuman isotonik yang berkarbonat kerana ianya mengandungi kandungan gula yang terlalu tinggi.
  • Pada siang hari, cuba jauhkan diri dari matahari dan haba yang berlebihan. Kekal di kawasan yang sejuk dan teduh, pakai topi dan kurangkan aktiviti-aktiviti berat.
  • Cuci wajah dengan air sahaja di waktu pagi, ia akan memberi lembapan yang lebih berpanjangan. Kerana mencuci wajah dengan pencuci akan lebih mengeringkan kulit.
  • Elakkan teh, kopi dan soda, kerana ia mengandungi tahap kafein dan gula, yang boleh memburukkan dehidrasi lagi.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 31 Mei 2017 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

jalil hamid

MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA

Bacaan Lanjut
5 'POSTING' INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM FITNESS

5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS

Bacaan Lanjut
TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS

TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS

Bacaan Lanjut
joe flizzow adidas

GELOMBANG BUDAYA ADIDAS ORIGINALS SUPERSTAR

Bacaan Lanjut
angin pasang lelaki

ANGIN PASANG LELAKI: MASALAH KESIHATAN YANG RAMAI TAK SANGKA BAHAYA!

Bacaan Lanjut

SUSU MENTAH: REALITI TREND ‘NATURAL’ UNTUK LELAKI MODEN

Bacaan Lanjut