Skip to content

10 FAKTA MENGEJUTKAN TENTANG KONDOM

Kongsikan artikel ini

GLAM Lelaki mengumpul beberapa fakta menarik berkaitan dengan kondom yang mungkin tidak pernah kamu tahu sebelum ini. Sebahagian fakta yang kami temui agak mengejutkan dan ada juga yang menggelitik hati. Teruskan membaca..

1. Kondom dalam bahasa Danish (Denmark) ialah ‘svangerskabsforebyggendemiddel’. Walaupun ada yang senang memanggilnya ‘gummimand’ yang membawa maksud lelaki getah, namun di dalam kamus rasminya mereka menggunakan perkataan 30 huruf tadi sebagai perkataan rasmi untuk kondom.

2. Kondom boleh ‘bertahan’ selama empat tahun asalkan ia disimpan di tempat yang sejuk dan kering.

3. Menurut kajian, lebih kurang 40 peratus pelajar di peringkat sekolah menengah seluruh dunia sudah tahu cara menggunakan kondom.

4. Di Sweden satu ketika dulu mempunyai khidmat Condom Ambulance yang mana mereka menawarkan khidmat penghantaran kondom kepada mana-mana pasangan yang memerlukan kondom. Mereka hanya perlu membuat panggilan dan kondom akan dihantar terus.

5. Kualiti setiap kondom akan diperiksa menggunakan alat elektrik demi memastikan tiada sebarang kebocoran.

6. Sewaktu Perang Dunia Kedua, para tentera menggunakan kondom sebagai pelindung kepada senjata mereka (senapang atau pistol) sewaktu mereka terpaksa berenang.

7. Menurut kajian, 40% jualan kondom di seluruh dunia dibeli oleh orang perempuan.

8. Dipercayai kondom mampu mengelakkan berlakunya kehamilan ialah sebanyak 98%.

9. Menurut kajian sebanyak 5 bilion kondom digunakan setahun di seluruh dunia.

10. Condomi, jenama kondom dari Jerman menghasilkan kondom untuk kelompok vegetarian yang mana kondom ini diperbuat menggunakan serbuk koko.

Sumber: Eh!

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

INI SEBAB-SEBAB UTAMA LELAKI ‘SAY NO’ KEPADA SEKS

Bacaan Lanjut

5 CARA WANGIAN LELAKI TAHAN LAMA DI MUSIM PANAS

Bacaan Lanjut
zakar

10 FAKTA MENARIK TENTANG ZAKAR TIDAK SEMUA LELAKI TAHU

Bacaan Lanjut
5 PUNCA MATI PUCUK YANG KAUM ADAM PERLU ELAKKAN

5 PUNCA MATI PUCUK YANG KAUM ADAM PERLU TAHU

Bacaan Lanjut

POTONG STIM MULUT BERBAU! INI TIP PENCEGAHANNYA

Bacaan Lanjut

MASIH SINGLE? 7 APLIKASI CARI JODOH SELAIN TINDER

Bacaan Lanjut