Skip to content

10 FILEM BAKAL MENGHIBURKAN ANDA PADA SUKU PERTAMA 2024

10 FILEM BAKAL MENGHIBURKAN ANDA PADA SUKU PERTAMA 2024

Kongsikan artikel ini

Tahun 2023 yang baru sahaja melabuhkan tirai memberi kepuasan kepada penonton dengan barisan filem hebat dan menghiburkan.

Bagaimanapun 2024 tidak kurang hebatnya. Tahun ini peminat filem dijanjikan dengan naskah luar biasa yang menampilkan barisan pelakon ternama tempatan dan antarabangsa. Tidak lupa juga sekuel filem yang ditunggu-tunggu seperti Kung Fu Panda 4 dan Dune: Part 2.

Ini 10 filem menarik yang bakal menemui anda dari Januari hingga Mac 2024

 

1. The Beekeeper

filem 2024

Tarikh tayangan: 11 Januari

Dibintangi oleh: Jason Statham, Emmy Raver-Lampman, Bobby Naderi

Sinopsis: Clay merupakan bekas pekerja organisasi rahsia dikenali sebagai Beekeepers. Selepas rakan dan jirannya mati membunuh diri akibat terjerumus dengan penipuan pancingan data, Clay membuat keputusan membalas dendam dan mahu Beekeepers bertanggungjawab.

 

2. Pendekar Awang: Darah Indera Gajah

Tarikh tayangan: 11 Januari

Dibintangi oleh: Fattah Amin, Nur Fazura, Nadhir Nasar, Wan Hanafi Su, Nam Ron, Amir Ahnaf, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Tissa Biani, Ali Karimi

Sinopsis: Merupakan kesinambungan kepada filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan. Ia mengisahkan tentang Pendekar Awang dan pahlawan lain yang membantu melindungi Tok Gajah ketika diburu oleh British. Apabila rancangan Tok Gajah untuk mendapatkan sokongan Sultan dan pahlawan Melayu di Terengganu diketahui, British mengarahkan Syers untuk menangkapnya. Awang terpaksa menyelamatkan bapa mentuanya yang telah ditangkap dan pada masa sama perlu memastikan Tok Gajah berjaya sampai ke Terengganu.

 

3. 172 Days

Tarikh tayangan: 25 Januari

Dibintangi oleh: Yasmin Napper, Bryan Domani, Yoriko Angeline, Amara Sophie, Adhitya Putri, Abun Sungkar

Sinopsis: Filem ini menyusuri perjalanan Nadzira Shafa selepas membuat keputusan untuk berhijrah dan bertemu cinta hatinya, Ameer Azzikra. Bagaimanapun tanpa disangka dugaan terhebat muncul dalam hidupnya, sehingga takdir memisahkan mereka. Diilhamkan daripada kisah benar dari negara seberang.

 

4. Argylle

Tarikh tayangan: 1 Februari

Dibintangi oleh: Henry Cavill, Sam Rockwell, Bryce Dallas Howard, John Cena, Dua Lipa, Ariana DeBose, Bryan Cranston, Catherine O’Hara, Samuel L Jackson

Sinopsis: Pengarang terkenal, Elly Conway menulis novel terlaris tentang ejen rahsia bernama Argylle yang sedang dalam misi untuk membongkar sindiket pengintipan global. Bagaimanapun garis antara fiksyen dan realiti menjadi kabur setelah plot novelnya mula mencerminkan aktiviti rahsia organisasi pengintip dalam kehidupan sebenar.

 

5. Madame Web

Tarikh tayangan: 15 Februari

Dibintangi oleh: Dakota Johnson, Sydney Sweeney, Celeste O’Connor, Isabela Merced, Tahar Rahim, Mike Epps, Emma Roberts, Adam Scott

Sinopsis: Seorang paramedik, Cassandra Webb yang mempunyai kebolehan luar biasa terpaksa berhadapan dengan masa lalunya ketika cuba mempertahankan diri bersama tiga wanita lain.

 

6. Bob Marley: One Love

Tarikh tayangan: 22 Februari

Dibintangi oleh: Kingsley Ben-Adir, Lashana Lynch, James Norton, Tosin Cole, Anthony Welsh, Michael Gandolfini, Umi Myers, Nadine Marshall

Sinopsis: Filem biopik yang berkisar tentang pemuzik reggae legenda, Bob Marley dan perjalanannya mengatasi kesukaran serta mencipta muzik revolusioner yang kita ketahui hari ini. Sebagai salah satu eksport budaya terbesar Jamaica, Bob Marley menyebarkan mesej keamanan, keharmonian dan rasa hormat terhadap satu sama lain dalam lagu-lagu ciptaannya.

 

7. The Fall Guy

filem 2024

Tarikh tayangan: 29 Februari

Dibintangi oleh: Ryan Gosling, Emily Blunt, Winston Duke, Aaron Taylor-Johnson, Hannah Waddingham, Stephanie Hsu

Sinopsis: Karya adaptasi siri 80-an ini menyaksikan Colt Seavers, pelakon lagak ngeri yang terlibat dalam filem arahan bekas teman wanitanya. Bagaimanapun masa depan filem itu mengundang tanda tanya apabila pelakon utamanya hilang, dan Colt menawarkan diri untuk mencarinya.

 

8. Kung Fu Panda 4

filem 2024

Tarikh tayangan: 7 Mac

Dibintangi oleh: Jack Black, Awkwafina, Viola Davis, Ian McShane, Dustin Hoffman, Ke Huy Quan

Sinopsis: Dragon Warrior kembali dan perlu berhadapan dengan musuh paling hebat. Po meninggalkan Valley of Peace untuk pergi ke bandar besar, bagaimanapun musuh baru yang tidak dijangka, The Chameleon telah pun menunggunya.

 

9. Dune: Part 2

filem 2024

Tarikh tayangan: 14 Mac

Dibintangi oleh: Timothee Chalamet, Josh Brolin, Stellan Skarsgard, Zendaya

Sinopsis: Dengan kuasa ramalan yang mungkin membantunya membimbing manusia ke arah masa depan lebih baik, Paul Atreides meneruskan perjalanan epiknya. Dia kini berada di landasan tepat untuk membalas dendam terhadap konspirator yang memusnahkan keluarganya. Selepas menguasai empayar dan membuat pilihan antara cinta dan nasib alam semesta, dia berusaha menghalang kehancuran masa depan yang hanya dia sahaja boleh ramalkan.

 

10. Ghostbusters: Frozen Empire

filem 2024

Tarikh tayangan: 28 Mac

Dibintangi oleh: Paul Rudd, Carrie Coon, Finn Wolfhard, Mckenna Grace, Kumail Nanjiani, Patton Oswalt, Celeste O’Connor, Logan Kim, Dan Aykroyd, Ernie Hudson, Annie Potts

Sinopsis: Keluarga Spengler kembali ke tempat di mana segalanya bermula – rumah api ikonik New York City. Tujuannya untuk bekerjasama dengan Ghostbusters asal yang membangunkan makmal penyelidikan rahsia bagi memantapkan kaedah penangkapan hantu. Namun apabila artifak purba yang baru ditemui melepaskan kuasa jahat, mereka perlu bergabung tenaga untuk melindungi rumah dan menyelamatkan dunia.

 

Pautan berkaitan: 10 FILEM TERBAIK NATALIE PORTMAN ANDA MESTI TONTON

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

15 FILEM BARU HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA SEPANJANG 2024

15 FILEM BARU HEBAT BAKAL MENEMUI ANDA SEPANJANG 2024

Bacaan Lanjut

NADHIR NASAR, THE LUCKY STRIKE!

Bacaan Lanjut

AURUM THEATRE LANCAR PENGALAMAN HIBURAN ULTRA-MEWAH TERBESAR DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut
FILEM WAJIB TONTON DI PAWAGAM PADA MAC 2024

FILEM WAJIB TONTON DI PAWAGAM PADA MAC 2024

Bacaan Lanjut
10 FILEM BAKAL MENGHIBURKAN ANDA PADA FEBRUARI 2024

10 FILEM BAKAL MENGHIBURKAN ANDA PADA FEBRUARI 2024

Bacaan Lanjut
10 FILEM YANG PASTI MENGHIBURKAN ANDA PADA MUSIM PERAYAAN

10 FILEM YANG PASTI MENGHIBURKAN ANDA PADA MUSIM PERAYAAN

Bacaan Lanjut