Skip to content

JOE JONAS PILIH BEKAS RATU CANTIK SEBAGAI PENGGANTI SOPHIE TURNER

JOE JONAS PILIH BEKAS RATU CANTIK SEBAGAI PENGGANTI SOPHIE TURNER

Kongsikan artikel ini

Tahun 2024 membuka lembaran baru dalam kehidupan cinta Joe Jonas.

Selepas membuat persembahan tahun baru bersama Jonas Brothers di Cabo Hotel di Mexico, Joe dirakam menaiki jet peribadi di Los Cabos Airport bersama Stormi Bree, wanita yang digosipkan sebagai kekasih barunya.

Penyanyi dan pelakon itu menyarung baju panas hitam bersama topi besbol merah dan sepasang cermin mata. Stormi atau nama sebenarnya Stormi Henley juga tampil santai. Dia menggayakan baju lengan panjang hitam bersama bersama beg galas rona kuning air.

Joe Jonas Stormi Bree

Foto: Backgrid

Pasangan itu kemudiannya dirakam menikmati hidangan di Casa Tua, sebuah restoran Itali di Aspen, Colorado. Tidak lama kemudian, keduanya dilihat meluangkan masa bersama dengan bermain ski.

Stormi merupakan seorang model dan bekas ratu cantik Miss Teen USA. Dia juga sudah bergelar ibu dan memiliki seorang anak perempuan, Gravity Blue Smith yang kini berusia enam tahun.

Foto: Backgrid

Masa Depan Keluarga Joe Jonas & Sophie Turner

Ini merupakan kali pertama Joe Jonas dikaitkan dengan wanita lain selepas mengumumkan perpisahannya dengan aktres Sophie Turner. Empat tahun berumah tangga, Joe menfailkan perceraian pada September 2023.

Pasangan itu bergelut mencapai perjanjian berkaitan hak jagaan dua anak perempuan mereka, Willa, 3 dan Delphine, 18 bulan. Joe mahu anak-anaknya membesar di Amerika Syarikat manakala Sophie nekad membawa mereka pulang ke United Kingdom.

Bagaimanapun pada bulan Oktober, kata sepakat berjaya dicapai. Willa serta Delphine akan menghabiskan masa sama banyak di AS dan UK. Mereka diletakkan di bawah jagaan Sophie pada cuti perayaan Krismas dan Tahun Baru.

Sophie Turner Peregrine Pearson

Foto: The Sun

Lama sebelum Joe digosipkan dengan Peregrine Pearson, Sophie telah pun menemui cinta barunya. Aktres The Game of Thrones itu dirakam berkucup mesra dengan seorang bangsawan Britain, Peregrine Pearson di Paris pada November 2023.

Walaupun memakai topi dan cermin mata hitam, aktres itu tidak berjaya menyembunyikan identitinya. Beberapa jam kemudian mereka dirakam menghadiri perlawanan Akhir Piala Dunia Ragbi antara New Zealand dan Afrika Selatan di Stade de France.

Foto: E! Online

Pautan berkaitan: 7 FAKTA MENGENAI KEKASIH BAHARU SOPHIE TURNER, ARISTOKRAT PEREGRINE PEARSON

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TEMAN WANITA HAMIL, HENRY CAVILL BAKAL TIMANG ANAK SULUNG

TEMAN WANITA HAMIL, HENRY CAVILL BAKAL TIMANG ANAK SULUNG

Bacaan Lanjut
ROBERT PATTINSON & SUKI WATERHOUSE RAHSIAKAN KELAHIRAN ANAK SULUNG

ROBERT PATTINSON & SUKI WATERHOUSE RAHSIAKAN KELAHIRAN ANAK SULUNG

Bacaan Lanjut
TAHNIAH! ERWIN DAWSON AKHIRI ZAMAN BUJANG DENGAN WANITA PILIHAN HATI

TAHNIAH! ERWIN DAWSON AKHIRI ZAMAN BUJANG DENGAN WANITA PILIHAN HATI

Bacaan Lanjut
NABIL MAHIR PILIH ‘SEDONDON’ DENGAN ANAK KEDUA, AALI MATEEN

NABIL MAHIR PILIH ‘SEDONDON’ DENGAN ANAK KEDUA, AALI MATEEN

Bacaan Lanjut
AIMAN HAKIM RIDZA & ZAHIRAH MACWILSON BAKAL TIMANG ANAK KEDUA

AIMAN HAKIM RIDZA & ZAHIRAH MACWILSON BAKAL TIMANG ANAK KEDUA

Bacaan Lanjut
ROBERT PATTINSON BAKAL TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA

ROBERT PATTINSON BAKAL TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA

Bacaan Lanjut