Skip to content

SEGALANYA TENTANG ALBUM BARU TAYLOR SWIFT, THE TORTURED POETS DEPARTMENT

10 LAGU TAYLOR SWIFT PALING BANYAK DISTRIM DI SPOTIFY

Kongsikan artikel ini

Dari semasa ke semasa, Taylor Swift berjaya membuktikan dirinya sebagai salah seorang penyanyi paling disegani dalam generasinya.

Karya ciptaan dan nyanyiannya sentiasa memikat hati para pendengar tanpa mengira golongan usia. Lagu-lagu Taylor Swift tidak pernah gagal menghiasi carta muzik popular. Malah dia juga sering mencipta dan memecah rekod sendiri, sesuatu yang jarang dilakukan penyanyi lain.

Baru-baru ini album rakaman semula 1989 melakar sejarah membanggakan di Spotify selepas 24 jam dilancarkan. Menurut laman penstriman popular itu, 1989 secara rasminya menjadi album paling banyak distrim dalam masa sehari.

Taylor Swift turut menjadi artis paling banyak distrim di Spotify dalam masa 24 jam menerusi 1989 (Taylor’s Version). Dia memintas kejayaan sendiri yang diciptanya menerusi album studio ke-10, Midnights pada Oktober 2022.

Semak lagu Taylor Swift yang menjadi kegilaan peminat di Spotify

 

10. DON’T BLAME ME

Album: Reputation

Jumlah penstriman: 842,093,954

 

9. WILDEST DREAMS

Album: 1989

Jumlah penstriman: 863,027,406

 

8. LOOK WHAT YOU MADE ME DO

Album: Reputation

Jumlah penstriman: 983,294,122

 

7. CARDIGAN

Album: Folklore

Jumlah penstriman: 992,135,775

 

6. STYLE

Album: 1989

Jumlah penstriman: 1,019,583,033

 

5. LOVER

Album: Lover

Jumlah penstriman: 1,051,582,979

 

4. ANTI-HERO

Album: Midnights

Jumlah penstriman: 1,218,394,132

 

3. SHAKE IT OFF

Album: 1989

Jumlah penstriman: 1,238,999,647

 

2. CRUEL SUMMER

Album: Lover

Jumlah penstriman: 1,308,858,446

 

1. BLANK SPACE

Album: 1989

Jumlah penstriman: 1,586,455,186

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: 25 LAGU YANG PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN