Skip to content

kesihatan kaki

5 TIP PENJAGAAN KAKI LELAKI UNTUK KEKAL SIHAT

Kongsikan artikel ini

Lebih 70% golongan dewasa mengabaikan penjagaan kaki yang akan memberikan kesan kepada tahap kesihatan apabila usia semakin meningkat nanti. 

Kaki adalah salah satu bahagian badan yang sering diabaikan. Lelaki terutamanya jarang sekali memberikan perhatian kepada bahagian kaki. Tetapi, tahukah anda kaki dapat memberi manfaat apabila anda menjaganya.

Kira-kira 70% golongan dewasa mengalami masalah berkaitan kaki. Lebih-lebih lagi apabila usia semakin meningkat.  Kebanyakan juga tidak mendapat nasihat kesihatan daripada pakar. Oleh itu, berikut adalah tip-tip penjagaan kaki boleh diamalkan oleh lelaki mahupun wanita untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik dan holisitik.

BERIKUT ADALAH 5 TIP PENJAGAAN KAKI UNTUK KEKAL SIHAT:

1. KEKALKAN BERAT BADAN YANG SIHAT

Berat badan akan mempengaruhi kesihatan kaki dengan beban pada setiap langkah. Ia juga boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit seperti arthritis pada kaki. Serta ia dapat memburukkan kesakitan daripada masalah kaki lain.

Berat badan yang berlebihan juga boleh merosakkan kesihatan kaki dengan meningkatkan risiko kepada penyakit diabetes atau sirkulasi darah yang buruk. Oleh itu, ai akan menyebabkan kesakitan pada kaki dan kehilangan deria pada bahagian kaki anda.

 

2. PEMILIHAN KASUT YANG BETUL

Memakai kasut yang selesa adalah salah satu tindakan pencegahan terbaik yang boleh anda ambil untuk kesihatan mobiliti anda. Kasut yang ketat atau bertumit tinggi dalam jangka masa yang lama dapat memberikan kesan negatif kepada tubuh seseorang.

Jika anda perlu berdiri atau bergerak sepanjang hari, pemilihan kasut yang memberi sokongan dan keselesaan adalah sangat penting. Oleh itu, anda haruslah memilih kasut yang sesuai untuk setiap kegunaan, seperti kasut sukan untuk senaman dan larian.

 

3. SENTIASA MELEMBABKAN KAKI

Kulit pada kaki cenderung untuk menjadi lebih nipis dan kering. Dalam masa sama juga, kulit kaki yang kering boleh merekah dan berdarah yang akan menyebabkan kesakitan.

Untuk menjaga kulit kaki anda, sapukan losen pelembap selepas mandi atau berendam jika diperlukan. Tetapi, pastikan bahagian antara jari tidak terlalu banyak kelembapan yang boleh menyebabkan jangkitan kuman.

 

4. AMALKAN KEBERSIHAN KAKI YANG BAIK

Apabila anda mencuci kaki, pastikan anda mengeringkan kaki dengan sempurna selepas mandi atau berendam. Kuku jari kaki juga perlu dipotong untuk mengelakkan kebersihan kaki. Selain itu, gunakan batu apung atau kikir kaki untuk menghilangkan kulit kaki yang mengeras.

 

5. REGANGKAN KAKI ANDA

Menjadi kebiasaan, ramai yang tidak melakukan regangan pada bahagian atas dan bawah kaki mereka. Regangan boleh membantu anda merawat dan mencegah kesakitan kaki. Regangan untuk tendon Achilles juga penting untuk memastikan anda kekal sihat apabila usia semakin meningkat.

 

Artikel berkaitan:5 SENAMAN KAKI YANG PATUT ANDA LAKUKAN DI GYM

By Ronald Henry
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

Bacaan Lanjut
8 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG ANDA TIDAK TAHU MENGHIDAP KANSER

8 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG ANDA TIDAK TAHU MENGHIDAP KANSER

Bacaan Lanjut
RAJA CHARLES III TUNDA TUGAS RASMI AKIBAT KANSER

RAJA CHARLES III TUNDA TUGAS RASMI AKIBAT KANSER

Bacaan Lanjut
TEKNIK PERNAFASAN MUDAH UNTUK TIDUR LEBIH LENA & BERKUALITI

TEKNIK PERNAFASAN MUDAH UNTUK TIDUR LEBIH LENA & BERKUALITI

Bacaan Lanjut
makanan Lelaki

5 MAKANAN YANG LELAKI PERLU ELAK UNTUK ZAKAR LEBIH KUAT

Bacaan Lanjut
BENARKAH PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT MENGURANGKAN BILANGAN SPERMA?

BENARKAH PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT MENGURANGKAN BILANGAN SPERMA?

Bacaan Lanjut