10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG
Sukar untuk menafikan daya tarikan yang ada pada jejaka berambut panjang.
Aura yang dimiliki bagaikan magnet sehingga sukar untuk mengalihkan pandangan daripada mereka, terutama buat wanita. Bagaimanapun bukan semua lelaki sesuai berambut panjang. Hanya sesetengah sahaja yang tampak elok dengan imej sedemikian.
GL bariskan sepuluh selebriti tempatan dan antarabangsa yang kelihatan seksi berambut panjang
Brad Pitt
Sejak muda pelakon ini telah menggayakan pelbagai jenis potongan rambut. Hampir semua stail serasi dengan wajah tampannya. Bagaimanapun ramai peminat lebih meminati gaya rambut panjangnya seperti dalam filem Troy dan Legend Of The Falls.

Ben Amir
Rambut pelakon ini bukan sahaja digilai malah dipuji kerana kelihatan sihat berkilauan, seperti dalam drama Sweet Dreams. Kata Ben, menjaga rambut panjang tidak sukar. Dia hanya menggunakan minyak kelapa sebagai penjagaan ekstra.

Harry Styles
Sepanjang kerjayanya Harry terkenal dengan stail rambut panjang. Namun pada 2019, dia tampil berambut pendek untuk penampilan lebih kemas. Segelintir peminat mengakui sukar membiasakan diri melihat pelakon dan penyanyi ini tanpa stail ikoniknya.

Anuar Zain
Tiada siapa boleh menafikan kenyataan bahawa dari dulu sehingga kini, Anuar sentiasa kelihatan tampan dan bergaya dengan rambut panjang ikal mayang.

Jason Momoa
Bintang Aquaman ini menyimpan rambut panjang sejak 2015. Dia memberitahu Daily Telegraph pada 2018 bahawa isterinya, Lisa Bonet pasti akan meminta cerai jika dia memotong rambut. Kini walaupun selepas bercerai, Jason masih dengan stail sama.

Aedy Ashraf
Walaupun sentiasa tampil dengan rambut pendek dan kemas, Aedy pernah berambut panjang dan tampak kacak dengan gaya sedemikian. Imej ini turut digayakannya pada 2018 dalam drama Cinta Tiada Ganti di samping Nelydia Senrose.

Chris Hemsworth
Pelakon asal Australia ini sentiasa berambut pendek dalam dunia sebenar, namun gaya rambut panjangnya sebagai Thor dalam filem Marvel membuatkan ramai wanita gila bayang!

Farid Kamil
Rambut panjang Farid menjadi pujaan ramai sejak filem Lagenda Budak Setan lagi. Walaupun tetap kacak dalam apa jua stail, potongan rambut panjangnya lebih mencuri perhatian peminat.

Jared Leto
Pelakon ini mula muncul dengan rambut panjang mengurai pada 2012 namun terpaksa memotongnya tiga tahun kemudian untuk menjayakan filem Suicide Squad. Kebelakangan ini dia dilihat kembali menggayakan rambut panjang.

Christian Bale
Aktor ini sentiasa menyimpan janggut dan ramai berpendapat ia lebih sesuai dengan potongan rambut panjang. GL bersetuju. Walaupun kini sering menggayakan stail rambut pendek, dia pernah muncul berambut panjang sekitar tahun 2015.

Pautan berkaitan: 5 SELEBRITI LELAKI TANPA GAYA RAMBUT IKONIK MEREKA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 TARIKH ACARA HYROX TERDEKAT DI SEKELILING ASIA
Hyrox terus memegang industri senaman global, membuktikan kerelevenannya buat lelaki moden kini.
5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER
Lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba.
GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM
Sarungkan kasut larian dan pasangkan earphones – tiba masanya untuk senaman di luar rumah dengan 10 lagu ini!
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA
Di sebalik bakat dan populariti, lima selebriti ini juga menunjukkan dedikasi mereka dalam membina tubuh yang tegap dan kehidupan yang lebih sihat.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.











