Skip to content

5 FILEM MISTERI PEMBUNUHAN TERBAIK WAJIB TONTON

5 FILEM MISTERI PEMBUNUHAN TERBAIK WAJIB TONTON

Kongsikan artikel ini

Filem misteri pembunuhan membuat kemunculan semula beberapa tahun kebelakangan ini.

Dengan kejayaan filem seperti Knives Out yang menemui penonton pada 2019, naskah dengan genre klasik sebegini kembali menjadi tumpuan. Apatah lagi selepas sekuelnya, Glass Onion yang dikeluarkan pada 2022 juga meraih kejayaan hebat.

Berikut beberapa naskah misteri pembunuhan terbaik pilihan GL

5. BAD TIMES AT THE EL ROYALE (2018)

Skor IMDb: 7.1/10

Dibintangi oleh: Jeff Bridges, Cynthia Erivo, Dakota Johnson, Jon Hamm, Cailee Spaeny, Lewis Pullman, Chris Hemsworth

Sinopsis: Pada tahun 1969, empat orang asing bermalam di sebuah hotel terpencil, El Royale. Bagaimanapun perkara tak diingini berlaku apabila beberapa tetamu yang baru mendaftar masuk mempunyai motif tersembunyi.

 

4. THE NICE GUYS (2016)

Skor IMDb: 7.4/10

Dibintangi oleh: Russell Crowe, Ryan Gosling, Angourie Rice, Matt Bomer, Margaret Qualley, Yaya DaCosta, Keith David, Beau Knapp

Sinopsis: Penyiasat peribadi, Holland March dan penguatkuasa, Jackson Healy ditakdirkan bergabung tenaga untuk menyelesaikan misteri kehilangan seorang wanita muda bernama Amelia.

 

3. KNIVES OUT (2019)

Netflix Two Knives Out Sequels $400 million plus deal; Daniel Craig Rian Johnson

Skor IMDb: 7.9/10

Dibintangi oleh: Daniel Craig, Chris Evans, Ana de Armas, Jamie Lee Curtis

Sinopsis: Harlan Thrombey, seorang pengarang novel jenayah terkenal ditemui mati selepas sambutan ulang tahun kelahiran ke-85. Namun ketika detektif Benoit Blanc menyiasat kes itu, dia berjaya membongkar satu muslihat.

 

2. FARGO (1996)

misteri pembunuhan

Skor IMDb: 8.1/10

Dibintangi oleh: William H. Macy, Frances McDormand, Steve Buscemi, Peter Stormare

Sinopsis: Jerry, seorang pengurus jualan yang banyak berhutang mengupah dua penjenayah untuk menculik isterinya. Bagaimanapun rancangannya untuk menuntut wang tebusan daripada bapa mertua kaya-raya tidak kesampaian setelah ia bertukar menjadi tragedi.

 

1. GONE GIRL (2014)

misteri pembunuhan

Skor IMDb: 8.1/10

Dibintangi oleh: Ben Affleck, Rosamund Pike, Neil Patrick Harris, Tyler Perry, Carrie Coon

Sinopsis: Nick Dunne menjadi sasaran media apabila isterinya, Amy Dunne hilang secara misteri pada hari ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.

 

Pautan berkaitan: 10 FILEM KOMEDI ROMANTIK MESTI TONTON BULAN INI

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 FILEM PEMBUNUHAN PENUH MISTERI PERLU TONTON AKHIR TAHUN INI

Bacaan Lanjut

10 ‘MUST WATCH’ SEPANJANG DISEMBER 2022

Bacaan Lanjut
NETFLIX BERKONGSI FOTO PERTAMA SEKUEL KNIVES OUT BERSAMA PEMINAT

NETFLIX BERKONGSI FOTO PERTAMA SEKUEL KNIVES OUT BERSAMA PEMINAT

Bacaan Lanjut

SELEPAS 20 TAHUN, BEN AFFLECK SAH MENJADI SUAMI JENNIFER LOPEZ

Bacaan Lanjut
EWAN MCGREGOR KEMBALI BERGELAR SUAMI

EWAN MCGREGOR KEMBALI BERGELAR SUAMI

Bacaan Lanjut
SELEPAS MIRANDA KERR, EMILY RATAJKOWSKI PULA DEDAH PERHUBUNGAN DENGAN JHO LOW

SELEPAS MIRANDA KERR, EMILY RATAJKOWSKI PULA DEDAH PERHUBUNGAN DENGAN JHO LOW

Bacaan Lanjut