Skip to content

5 Filem Patriotik Malaysia Sempena Hari Kemerdekaan

5 FILEM PATRIOTIK MALAYSIA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN

Kongsikan artikel ini

Demi menyambut Kemerdekaan tahun ini, filem-filem patriotik boleh menjadi salah satu aspek menunjukkan semangat sebagai rakyat Malaysia. 

Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67 akan berlangsung pada 31 Ogos 2024 ini. Industri perfileman Malaysia menghasilkan banyak filem patriotik yang melambangkan Kemerdekaan. Untuk penggemar filem yang tidak mahu bersesak ketika merdeka, banyak filem yang boleh ditontoni. Untuk hujung minggu merdeka ini, GLAM Lelaki akan berkongsi 5 filem patriotik Malaysia sempena Hari Merdeka.

#1 29 Februari (2012)

Filem kedua arahan Edry Abdul Halim ini mengisahkan seorang lelaki yang lahir pada tarikh istimewa, 29 Februari yakni tahun lompat. Peristiwa ini menyebabkan dia bertambah usia hanya setiap empat tahun. Oleh itu, dia mengalami proses penuaan yang sangat lambat berbanding dengan orang lain di kelilingnya.  Filem yang dibintangi oleh Remy Ishak dan Jojo Goh ini memaparkan pelbagai momen penting dalam sejarah negara. Antaranya termasuk laungan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka dan perasmian Jambatan Pulau Pinang oleh Tun Dr. Mahathir.

Filem Patriotik

#2 Ola Bola (2016)

Salah satu sukan yang melambangkan rakyat Malaysia, bola sepak. Ola Bola mengisahkan tentang perjalanan skuad bola sepak negara pada tahun 80-an yang berusaha untuk melayakkan diri mereka ke temasya Olimpik. Filem yang diarahkan oleh Chiu Keng Guan ini diinspirasikan oleh kisah sebenar di mana skuad bola sepak negara berjaya menewaskan Korea Selatan untuk layak ke Sukan Olimpik 1980. Pelakon-pelakon hebat Malaya seperti JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar Manokaran, Marianne Tan, Bront Palarae, Mark Williams, Lim Jian Wen, Eric Teng, Taufiq Hanafi, dan Katrina Ho tampil dalam filem ini.

Filem Patriotik

#3 Mat Kilau (2022)

Mat Kilau merupakan filem patriotik Malaysia yang mencatat kutipan sebanyak RM90 juta sekali gus menjadi filem ‘box office’ Malaysia tertinggi tempatan dan antarabangsa. Ia menceritakan perjuangan seorang pahlawan sebelum kemerdekaan dalam menentang penjajahan British di Pahang. Apabila British memperkenalkan polisi cukai yang menekan rakyat, Mat Kilau bersama pejuang-pejuang lain membuat keputusan untuk melawan British. Filem ini diarahankan oleh Syamsul Yusof dan dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat dari negara kita. Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian, dan Johan As’ari. Selain itu, Ali Karimie, Khir Rahman, Rahim Razali, Namron, A. Galak, Wan Hanafi Su, dan Jalaluddin Hassan turut menjayakan filem ini.

Filem Patriotik

#4 PASKAL (2018)

Sehingga 15 Oktober 2018, PASKAL berjaya mengumpulkan kutipan sebanyak RM22 juta dan hingga kini, mereka meraih lebih kurang RM27 juta. Filem patriotik ini mengisahkan tentang pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia, PASKAL (Pasukan Laut Khas). Mereka menghadapi situasi kritikal semasa misi untuk merampas semula kapal dagang MV Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada tahun 2011. Diarahkan oleh Adrian Teh, filem ini menampilkan barisan pelakon seperti Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G, dan Jasmine Suraya Chin.

Filem Patriotik

#5 Leftenan Adnan (2000)

Leftenan Adnan ialah filem patriotik yang mengisahkan perjuangan pegawai tentera Tanah Melayu, Adnan Saidi. Dia berjuang mati-matian untuk mempertahankan Tanah Melayu daripada penaklukan tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Filem yang diarahkan oleh Aziz M. Osman ini juga menampilkan pertempuran akhir Rejimen Askar Melayu melawan tentera Jepun yang jauh lebih ramai di Bukit Chandu, yang berakhir dengan pengorbanan Leftenan Adnan. Hairie Othman tampil dengan watak Leftenan Adnan. Pelakon lain yang turut membintangi filem ini termasuk Umie Aida, Faizal Hussein, Rusdi Ramli, Shaharuddin Thamby, Rambo Chin, dan Wahid Senario.

leftenan adnan

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TAKLUK: LAHAD DATU BAKAL TAMPIL DENGAN SEKUEL, TAKLUK 2: OP DAULAT

TAKLUK: LAHAD DATU BAKAL TAMPIL DENGAN SEKUEL, TAKLUK 2: OP DAULAT

Bacaan Lanjut

CUBA RESEPI MILO® INI SEMPENA KEDATANGAN PARK SEO-JUN KE MALAYSIA

Bacaan Lanjut
AKTIF BERLAKON DAN MENGACARA, INI SISI BERGAYA AIMAN WYNNE

AKTIF BERLAKON DAN MENGACARA, INI SISI BERGAYA AIMAN WYNNE

Bacaan Lanjut
KEJUTAN BUAT PEMINAT, UNGU LANJUTKAN KONSERT SATU HARI LAGI

KEJUTAN BUAT PEMINAT, UNGU LANJUTKAN KONSERT SATU HARI

Bacaan Lanjut

#GL15TAHUN ACTION FILM MAESTRO, ADRIAN TEH

Bacaan Lanjut
FESTIVAL DAN KONSERT MUZIK MENARIK DI ASIA 2022

FESTIVAL DAN KONSERT MUZIK DI ASIA 2022

Bacaan Lanjut