Skip to content

5 FILEM SERAM MESTI TONTON SEPANJANG OGOS 2023

5 FILEM SERAM MESTI TONTON SEPANJANG OGOS 2023

Kongsikan artikel ini

Filem romantis dan fantasi sentiasa berjaya menarik perhatian penonton, namun naskah seram juga tidak kurang hebatnya.

Tidak dinafikan genre seram semakin diminati kerana ia membawa kita mengembara ke dunia yang tidak semua orang ‘berpeluang’ terokai dan alami sendiri.

Anda berpeluang menyelami dunia penuh kejutan ini sepuas hati kerana Ogos menyajikan lambakan filem sebegini dari awal hingga penghujung bulan.

GL bariskan beberapa filem seram yang menemui anda bulan ini

4 of 5

Elevator Game

Tarikh Tayangan: 11 Ogos 2023

Dibintangi Oleh: Megan Best, Adam Hurtig, Verity Marks

Berdasarkan permainan dalam talian, Elevator Game mengikuti kehidupan seorang remaja pendiam bernama Ryan. Dia menyertai sekumpulan graduan yang mengoperasi siri web dalam talian yang membongkar kisah misteri. Semuanya kerana satu sebab: Adiknya hilang secara tiba-tiba beberapa bulan sebelumnya dan dia percaya ia disebabkan cabaran alam maya berbahaya dipanggil The Elevator Game. Demi mencari adiknya, dia sanggup mengambil risiko dan memujuk rakan-rakannya untuk bermain permainan itu sekali lagi.

4 of 5