ADIOS, LA CASA DE PAPEL
Siri fenomena Sepanyol, La Casa de Papel bakal mengucapkan selamat tinggal dengan lima episod terakhir yang akan mula ditayangkan pada 3 Disember 2021, secara eksklusif di Netflix.
Dalam meraikan musim terakhir siri hangat ‘La Casa de Papel’, Netflix telah menganjurkan sebuah parti selamat tinggal yang dihadiri oleh barisan pelakon bersama tetamu istimewa serta selebriti popular. Siri fenomena Sepanyol, ‘La Casa de Papel’ bakal melabuhkan tirai dengan lima episod terakhir yang akan mula ditayangkan pada 3 Disember 2021, secara eksklusif melalui laman penstriman gergasi, Netflix.
Álvaro Morte (The Professor), Úrsula Corberó (Tokyo), Pedro Alonso (Berlin) serta barisan ahli La Banda dan pelakon lain bersama-sama berkumpul untuk meraikan legasi juga momen istimewa ini untuk mengucapkan selamat tinggal kepada peminat mereka di seluruh dunia. Turut ditayangkan pada acara tersebut adalah rakaman-rakaman yang belum pernah disaksikan lagi juga anekdot.
Acara hibrid itu turut disaksikan secara maya oleh peminat ‘La Casa de Papel’ dari seluruh dunia. Ia menampilkan alihan audio dalam 10 bahasa yang berbeza, sebagai perayaan global buat salah satu siri bukan Bahasa Inggeris paling berjaya dengan tontonan tertinggi di Netflix.

(Photo by Juan Naharro Gimenez/Getty Images)
Antara highlight pada acara tersebut termasuklah:
- Persembahan secara langsung lagu tema siri, ‘My Life is Going On’ oleh Cecilia Krull di atas pentas.
- Pengumuman rasmi siri spin-off ‘Berlin’ yang bakal membuat debut pada 2023.
- Ed Sheeran muncul secara maya untuk berkongsi ‘audition tape’ sebagai La Banda dalam versi United Kingdom, dan mahu menggunakan nama ‘Ipswich’. Saksikan di sini.
- Becky G membuat kemunculan serta berkongsi cuitan eksklusif video muzik ‘Bella Ciao’ yang boleh ditonton di sini.
- Peminat ‘Squid Game’ pasti terkejut selepas Park Hae-soo, yang bakal memegang watak ‘Berlin’ dalam adaptasi versi Korea, mengertai parti tersebut. Dia turut memegang topeng ikonik yang dihadiahkan oleh Pedro Alonso sendiri, dan berjanji akan menghadiahkan pula topeng Korea pada tahun hadapan selepas dikongsikan nanti.

(Photo by Juan Naharro Gimenez/Getty Images)
Siri ‘La Casa de Papel’ akan mengucapkan ‘adios’ dengan lima episod penutup yang mula ditayangkan pada 3 Disember 2021, secara eksklusif melalui Netflix.
Foto: Netflix Malaysia
Baca lebih lanjut: 5 FILEM PERLU ANDA STRIM DISEMBER INI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ED SHEERAN TIMANG PUTERI KEDUA
Ed Sheeran berkongsi foto pengumuman kelahiran puteri keduanya di Instagram yang kini telah meraih hampir dua juta tanda suka daripada peminat.
WATAK UTAMA BRIDGERTON MUSIM KETIGA DIDEDAHKAN
Siri Inggeris paling popular di Netflix, Bridgerton disahkan akan muncul dengan musim ketiga namun menyimpang daripada turutan cerita asal.
DUTA SELEBRITI LELAKI PERTAMA VICTORIA’S SECRET
Pelakon utama siri komedi Netflix, “Never Have I Ever”, Darren Barnet mencipta sejarah sebagai duta selebriti lelaki pertama untuk koleksi uniseks Victoria’s Secret Pink.
DRAMA TERBAHARU YANG MEMINTAS KEDUDUKAN BRIDGERTON DALAM CARTA NETFLIX
Bridgerton musim kedua berjaya menawan hati penonton Netflix dengan adegan penuh skandal. Kini, satu lagi skandal sedang hangat diperkatakan.
SEKUEL FILEM TERKENAL LAKONAN WILL SMITH DIBATALKAN
Kerjaya lakonan Will Smith dilihat terus menjunam sebulan selepas insiden Oscar 2022 yang menggemparkan dunia.
5 PERKARA ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI BINTANG TERBAHARU ELITE, ANDRE LAMOGLIA
Nama André Lamoglia mula menjadi bualan peminat selepas terpilih sebagai salah seorang bintang terbaharu yang membintangi siri hangat Netflix, “Elite” untuk musim kelima.