Skip to content

AFGAN & LYODRA BAKAL HIBURKAN PEMINAT DI KUALA LUMPUR

AFGAN & LYODRA BAKAL HIBURKAN PEMINAT DI KUALA LUMPUR

Kongsikan artikel ini

Bintang pujaan ramai dari seberang, Afgan bakal mengubati kerinduan peminat di Malaysia dengan konsert terbaru.

Kali ini dia akan bergandingan dengan Lyodra, penyanyi dan pelakon kelahiran Medan yang baru meningkat usia 21 tahun. Konsert yang diberi nama ‘Ada Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur’ ini akan diadakan pada 28 September 2024 bertempat di Megastar Arena, Sungei Wang Plaza.

Nama Afgan dan Lyodra hangat menjadi perbualan kebelakangan ini dek penangan lagu duet mereka, Ada yang dilancarkan pada tahun lalu. Suara lunak dan keserasian mereka telah pun menambat hati peminat bukan saja di Indonesia tetapi juga di Malaysia dan Singapura.

AFGAN & LYODRA BAKAL HIBURKAN PEMINAT DI KUALA LUMPUR

Kharisma Music selaku penganjur berkata konsert ini menjanjikan pengalaman hebat dan detik yang tidak dapat dilupakan buat peminat dengan lagu-lagu hit dan persembahan memukau.

Selain Kharisma Music, konsert ini turut mendapat kerjasama daripada jenama kosmetik terkenal Alha Alfa. Juga Intan Gelombang dan Futurace selaku penganjur bersama.

Lagi Mengenai Konsert Afgan & Lyodra

Butiran lanjut masih belum didedahkan setakat ini namun akan diumumkan dalam satu sidang media khas pada bulan Ogos nanti. Ini termasuk perihal senarai lagu, artis jemputan dan beberapa kejutan lain.

Jualan tiket konsert sudah pun dibuka pada 10 Julai lalu di laman web Ticket2u. Tiket dijual mengikut kategori iaitu Pesan Terakhir (RM358), Escape (RM438), Sang Dewi (RM558), Panah Asmara (RM588), Ada VIP (RM688) dan Ada VVIP (RM1,488).

Semua tiket konsert mempunyai tempat duduk bernombor dan pembeli boleh memilih kategori yang dikehendaki. Pembeli terawal akan mendapat tempat duduk terbaik mengikut kategori.

Menariknya, pembeli tiket kategori Ada VVIP berpeluang untuk menyertai sesi eksklusif ‘meet & greet’. Malah mereka juga akan menerima barangan rasmi konsert serta mendapat sajian makanan dan minuman ringan.

 

Pautan berkaitan: SHEILA MAJID & DISKORIA BERKONGSI PENTAS KONSERT

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KLFW 2024

5 DETIK TERBAIK SEPANJANG KLFW 2024

Bacaan Lanjut

COACH KINI MEMBUKA THE COACH RESTAURANT PERTAMANYA DI JAKARTA

Bacaan Lanjut

HEAVEN, KOLABORASI CALUM SCOTT BERSAMA DIANA DANIELLE

Bacaan Lanjut
SELEPAS AFGAN, IRWANSYAH PULA DISAHKAN POSITIF COVID-19

SELEPAS AFGAN, IRWANSYAH PULA DISAHKAN POSITIF COVID-19

Bacaan Lanjut

5 SOALAN BERSAMA AFGAN SYAH REZA, THE COACH BOY

Bacaan Lanjut

FASHIONVALET LANCARKAN KOLEKSI AFGAN, AREZ.CO

Bacaan Lanjut