Skip to content

APA ANDA PERLU TAHU TENTANG MET GALA 2024?

APA ANDA PERLU TAHU TENTANG MET GALA 2024?

Kongsikan artikel ini

Tinggal dua bulan sahaja lagi sebelum berlangsungnya Met Gala 2024, acara fesyen selebriti paling mengujakan dan ditunggu-tunggu setiap tahun.

Beberapa hari lalu, the Metropolitan Museum of Art mengumumkan bahawa Met Gala tahun ini akan dihoskan oleh barisan bintang hebat – Zendaya, Bad Bunny, Jennifer Lopez dan Chris Hemsworth.

Mendapat jolokan ‘Oscars of fashion’, ia merupakan acara mengumpul dana buat Costume Institute atau secara rasminya dikenali sebagai The Anna Wintour Costume Center — sempena nama Ketua Pengarang Vogue yang menjadi ahli pengerusi gala sejak 1995.

Setiap tahun acara itu menghimpunkan nama-nama terbesar dalam industri muzik, filem, TV dan fesyen. Tahun ini ia dijangka lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

GL kongsikan segalanya mengenai Met Gala 2024

Tarikh Dan Tema

Setiap tahun Met Gala diadakan pada hari Isnin pertama bulan Mei. Tahun ini ia jatuh pada tarikh 6 Mei 2024 dan akan berlangsung di The Metropolitan Museum of Art di New York City. Tema tahun ini diumumkan pada November tahun lalu iaitu ‘Sleeping Beauties: Reawakening Fashion’.

Pameran Costume Institute akan menampilkan kira-kira 250 item termasuk 15 persalinan penting antaranya gaun satin sutera Charles Frederick Worth dari tahun 1877. Pameran itu akan dibahagikan kepada tiga zon utama – Land, Sea dan Sky yang memberi penghormatan kepada alam semula jadi.

met gala

Koleksi Yang Akan Dipamerkan

Laluan tetamu akan menampilkan segala-galanya daripada korset Inggeris era Elizabeth pada kurun ke-17 hingga koleksi pereka moden abad ke-21 termasuk Phillip Lim, Stella McCartney dan Connor Ives. Selain itu ia akan menempatkan rekaan daripada jenama legenda seperti Elsa Schiaparelli, Yves Saint Laurent, Christian Dior dan Hubert de Givenchy.

Kod Pakaian Met Gala

Menurut Vogue, kod pakaian tahun ini adalah ‘The Garden of Time’ yang diinspirasikan oleh cerpen nukilan J.G. Ballard pada 1962 dengan judul sama. Kisah ini menyusuri kehidupan Count dan Countess yang dikelilingi kelapangan, kesenian dan kecantikan. Bagaimanapun ketika kumpulan perusuh menyerang, Count harus memetik bunga pengundur masa dari tamannya sehingga tiada yang tersisa.

Bertitik tolak daripada tema cerpen J.G. Ballard, Vogue memaklumkan bahawa kod pakaian tahun ini adalah mengenai ‘fleeting beauty’. Tambahnya, selebriti dijangka hadir dalam persalinan bertekstur dengan perincian bunga dan helaian bersejarah.

 

Foto: Vogue/Getty Images

Pautan berkaitan: 30 MOMEN GIRANG SELEBRITI YANG ANDA TIDAK LIHAT DI KARPET MERAH MET GALA 2023

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

30 MOMEN GIRANG SELEBRITI YANG ANDA TIDAK LIHAT DI KARPET MERAH MET GALA 2023

30 MOMEN GIRANG SELEBRITI YANG ANDA TIDAK LIHAT DI KARPET MERAH MET GALA 2023

Bacaan Lanjut
IMBASAN MET GALA: PENAMPILAN LELAKI DI MET GALA PALING DIINGATI

PENAMPILAN LELAKI DI MET GALA PALING DIINGATI

Bacaan Lanjut

5 MUZIUM YANG PERLU DILAWATI SETIAP PEMINAT FESYEN

Bacaan Lanjut

JOE JONAS BERGELAR BAPA BUAT KALI KEDUA

Bacaan Lanjut
SEGAK BERGAYA, NAMUN PENAMPILAN CHANNING TATUM DI MET GALA 2021 DIPERTIKAI

SEGAK BERGAYA, NAMUN PENAMPILAN CHANNING TATUM DI MET GALA 2021 DIPERTIKAI

Bacaan Lanjut

HIMPUNAN ‘BEST-DRESSED’ SELEBRITI LELAKI DI PERARAKAN MET GALA 2019

Bacaan Lanjut