BAZAAR MALAM DI W KUALA LUMPUR
Bersempena kehadiran Ramadan tahun ini, W Kuala Lumpur bakal mempersembahkan seleksi citarasa kegemaran Malaysia yang menjanjikan keunikan yang tersendiri.
Awal April nanti, Ramadan bakal membuka tirai kepada ibadah puasa buat seluruh umat Islam di seluruh dunia. Dan sudah pasti ramai yang mahu mengambil peluang tahun ini untuk berbuka puasa di lokasi bufet pilihan di sekitar kota. W Kuala Lumpur mempersembahkan seleksi citarasa kegemaran Malaysia untuk juadah bufet berbuka puasa bersama sahabat dan keluarga anda nanti.
Bermula 3 April sehingga 2 Mei 2022, restoran masakan pan-Asia, Flock di W Kuala Lumpur akan menyajikan sajian-sajian unik dan tersendiri yang berinspirasikan bazar malam di Malaysia melalui konsep ‘Bazaar Malam’. Pengunjung boleh mencuba setiap gerai bercitarasa tempatan yang akan yang akan disediakan oleh Cef Eksekutif Haznizam Hamzah dan Cef Suhalmi Mohammed Tasir.

Angus Beef Ribs Rendang Tok
Pengunjung akan menikmati selera kebudayaan Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik, selain citarasa antarabangsa yang disatukan penuh keunikan, Sebagai pembuka selera pengunjung boleh memilih antara ajnas kerabu Malayu, atau Rojak Pesembor dan Popiah Basah yang menjadi kegemaran ketika Ramadan. Kombinasi sushi bersama sate juga boleh iaitu Rendang Sushi juga boleh dicuba nanti.

Lobster Roti John
Pengalaman gastromoni W Kuala Lumpur menjanjikan hidangan yang cukup indah untuk dirakam dan dikongsikan di media sosial nanti. Antara yang pasti menarik perhatian adalah Sabah Slipper Lobster Roti John yang berbeza kerana menggunakan udang kara sebagai resipi utama. Cef Suhalmi turut menyuntik sentuhan unik pada Rendang Tok yang menampilkan Angus Beef Ribs yang lembut dan menyelerakan. Menurutnya, dia menggunakan resipi keluarga yang menjadi kepakaran bapanya ketika kenduri. Cef Haznizam pula akan menyediakan hidangan Ikan Mayong Assam Pedas yang menggunakan resipi milik ibunya.
Sempurnakan kunjungan anda ke Flock dengan menikmati seleksi pemanis mulut yang disediakan oleh Cef Kevin Yong. Dia pernah mewakili negara di IKA Culinary World Cup dan dianugerahkan dengan Silve Medal Award. Antara hidangan yang perlu anda cuba termasuklah Guava Mousse, Papaya Panna Cotta serta D24 Durian Cheese Cake yang menggunakan sentuhan buah-buahan tempatan.

Cef Eksekutif Haznizam Hamzah, Cef Suhalmi Mohammed Tasir dan Cef Kevin Yong.
Bazaar Malam di Flock, W Kuala Lumpur bermula pada harga RM238 nett untuk dewasa dan RM118 nett untuk kanak-kanak berusia enma hingga 12 tahun. Kanak-kanak di bawah usia lima tahun pula berharga RM50 nett. Tempahan awal sebelum 30 Mac 2022 akan menerima diskaun sebanyak 20 peratus. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Foto: W Kuala Lumpur
Baca lebih lanjut: DÔME MEMPERKENALKAN 18 PERISA EKSOTIK GELATO AL NATURALE
Tags
Artikel Yang Berkaitan
8 LOKASI BERBUKA PUASA PILIHAN GLAM LELAKI RAMADAN INI
Dari steamboat kepada lobster, GLAM Lelaki menyenaraikan beberapa lokasi berbuka puasa yang terbaik di sekitar ibu kota bersempena Ramadan tahun ini.
MENU ISTIMEWA TAHUN BAHARU CINA DI W KUALA LUMPUR
Bersempena Tahun Baharu Cina kali ini, W Kuala Lumpur bakal menyajikan menu kulinari cita rasa kegemaran dengan sentuhan kontemporari yang menyeronokan.
MOONLIT FEVER DI W KUALA LUMPUR
Dalam meraikan Mid-Autumn Festival, W Kuala Lumpur memperkenalkan seleksi kuih bulan melalui Moonlit Fever Mooncake Collection yang chic penuh glamour.
NEO-FOODISM DI FLOCK, W KUALA LUMPUR
Dari ladang terus ke W Kuala Lumpur, Flock yang merupakan restoran sepanjang hari menyajikan seleksi menu Pan-Asia baharu yang moden dengan sentuhan cita rasa lokal penuh warna.
NESPRESSO MOMENTO COFFEE: MESIN KOPI TANPA SENTUHAN
Nespresso Professional memperkenalkan Nespresso Momento Coffee, sebuah sistem kopi tanpa sentuhan; kopi organik pertama, Peru Organic; dan set menu eksklusif bersama W Kuala Lumpur.
4 CARA HINDARI MULUT BERBAU KETIKA BERPUASA
Mulut berbau ketika berpuasa? Ikuti 4 tip ini untuk memastikan tiada bau mulut serta kekal segar dan sihat sepanjang hari.