BINTANG MOONLIGHT WAJAH EKSKLUSIF KEMPEN CALVIN KLEIN
Siapa menyangka, selepas kemenangan ‘mengejut’ filem Moonlight yang berjaya merangkul anugerah Filem Terbaik ketika majlis anugerah Oscar isnin lepas, serta kemenangan Mahershala Ali merangkul anugerah Pelakon Pembantu Filem Lelaki terbaik, bintang-bintang lelaki filem Moonlight kini menjadi wajah eksklusif kempen seluar dalam jenama antarabangsa terkenal, Calvin Klein.
Kembali menjadi perhatian dalam hanya tempoh semalaman, keempat-empat bintang kulit hitam filem Moonlight iaitu Trevante Rhodes, Mahershala Ali, Alex Hibbert, dan Ashton Sanders menjadi taruhan kempen koleksi seluar dalam spring-summer jenama ini.
Selain dari memperagakan ‘tubuh’ serta seluar dalam kempen ini, Ashton Sanders dan Alex Hibbert turut memperagakan tuksedo Calvin Klein yang disarung mereka sewaktu di karpet merah anugerah Oscar baru-baru ini. Gambar-gambar eksklusif kempen ini diambil oleh jurugambar terkenal Willy Vanderperre, yang masih mengekalkan elemen hitam putih yang dilihat sudah sebati dengan kempen Calvin Klein.
Dalam satu temubual Mahershala bersama dengan Independent.co, Mahershala berkata, “Kempen yang diberi nama Revelation ini ibarat satu pengakuan dari kami sebagai seorang pelakon dalam mendedahkan apa yang penting dalam menjadi lelaki hari ini adalah dengan apa yang dilakukan setiap hari”.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 1 Mac 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SELEBRITI LELAKI BERBADAN CANTIK: INSPIRASI ‘MODERN MASCULINITY’ DARI AEDY ASHRAF, IKMAL AMRY DAN RAMAI LAGI.
Inspirasi ‘modern masculinity’ dari lapan selebriti lelaki Malaysia. Penampilan fizikal dek ketekunan mereka nyata mencetus inspirasi.
KOLABORASI HANGAT & BEREVOLUSI MUSIM INI, LEVI’S® DAN NIKE. MULA TERJUAL 10 JULAI INI!
Levi's® dan Nike, bekerjasama melancarkan koleksi yang paling dinanti-nantikan. Musim ini, kedua-dua jenama menggabungkan warisan denim yang kaya daripada Levi's® bersama rekaan ikonik Air Max 95 Nike.
KETAHUI 7 CARA UNTUK MENGATASI KULIT BERJERAWAT DAN SENSITIF UNTUK KAUM LELAKI
Masalah kulit berjerawat dan sensitif bukan hanya dialami oleh wanita, malah lelaki juga Ketahui tips atasi kulit berjerawat dan sensitif.
AHMAD EZZRIN LOY, “SEBELUM MASUK UMUR 35 TAHUN, SAYA HENDAK MENJADI INSPIRASI YANG SEBENAR”
Ezzrin Loy berkembang dari pelakon cilik menjadi selebriti serba boleh serta content creator, dengan reputasi yang meningkat di Malaysia.
COS PERFUMERY, EAU DE PARFUM TERBAHARU DENGAN AROMA UNISEKS
COS, jenama fesyen kontemporari dari London, kini meluaskan sayap ke dunia wangi dengan mempersembahkan COS Perfumery, debut rangkaian Eau de Parfum dan lilin aroma khas.
6 CARA KEKAL BERSIH UNTUK LELAKI BANYAK BULU
Ketahui enam tips dan cara mudah untuk kekal bersih dan segar walaupun anda berbulu. Penting buat lelaki dalam kategori 'hairy'.