Skip to content

BMW F 850 GS: Edisi Ulang Tahun Ke-40

Kongsikan artikel ini

BMW Motorrad Malaysia mempersembahkan motosikal kembara baharu, BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” dengan edisi ulang tahun model jelajah klasik eksklusif buat peminat motosikal di Malaysia.

Berita baik buat peminat motosikal di Malaysia! BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” baharu yang menjadi simbol penghormatan terhadap tunggangan bertaraf premium yang dipacukan oleh model ini selama 40 tahun.

“Kami berbangga dengan keupayaan kami selama ini untuk menjuruterai jentera yang turut memberi penghormatan kepada sebuah model klasik. BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” baharu menggandingkan estetika menarik yang memetik ilham serba klasik daripada R 100 GS serta ciri-ciri teknikal yang moden untuk menjadikan jentera GS pilihan yang terunggul bagi semua jenis susur jalan,” menurut Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia.

BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” kini membawakan ABS Pro dan Kawalan Cengkaman Dinamik (Dynamic Traction Control) sebagai standard untuk menaik taraf aspek keselamatan pembrekan dan pemecutan. Penampilan berstatus legenda yang memadankan warna hitam dan kuning, rim teranod dalam warna emas, serta karakteristik rekaan pelitup radiator GS menyerlahkan kehebatan sebuah motosikal yang benar-benar bergaya.

BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” Baharu

Model F 850 GS  “40 Years GS Edition” baharu hadir dengan pakej Comfort, Touring, Dynamic dan Active sebagai standard, yang menampilkan pelbagai kelengkapan bagi motosikal jelajah yang terunggul ini.

Model GS bersaiz sederhana ini juga lengkap dengan desain “40 Years GS” pada panel sisinya. Reka bentuk dan elemen warna yang menonjol pada motosikal premium ini menjadikannya sebuah tarikan, selain menjulang kedudukannya dalam sejarah model-model GS oleh BMW yang sudah berusia empat dekad.

Dari sudut hadapan, motosikal baharu ini memperlihatkan siluet berarus yang dinamik, serta hadir dengan komponen pelindung tangan berwarna kuning yang memberi sentuhan gaya. Lampu hadapan LED pula menampilkan Daytime Riding Light sebagai standard, dan ia dipadankan dengan lampu indikator LED.

Di bahagian belakang, ia kini dilengkapi dengan rak muatan serta tempat duduk belakang berwarna hitam juga kuning dengan logo GS yang menyerlah. Ia akan ditawarkan secara eksklusif dalam warna luar Black Storm Metallic, berserta dengan elemen kuning, dan hanya akan tersedia pada tahun 2021 dengan jumlah unit yang terhad.

BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” masih membawakan enjin empat injap, dua silinder bercirikan penyejukan cecair dengan injeksi bahan api yang menjamin tujahan berkuasa tinggi menerusi kotak gear enam kelajuan berkapasiti 853 cc. Output maksimum 70 kW / 95 kk pada paras 8,250 rpm, dan berbekalkan tork puncak 92 Nm pada paras 6,250 rpm. Tampil dengan kuasa tarikan yang luar biasa serta penggunaan bahan api yang rendah.

Panel instrumen F 850 GS “40 Years GS Edition” baharu memaparkan pelbagai informasi melalui skrin TFT 6.5 inci, yang jelas walaupun dalam kondisi pencahayaan yang mencabar. Fungsi ‘Connectivity’ juga ditawarkan sebagai standard baharu.

BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” baharu akan berada di semua premis wakil pengedar BMW Motorrad di seluruh negara mulai 10 Februari 2021. Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans, dan dengan Waranti Terbaharu Bertempoh 3 Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan Bertempoh 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia) ialah RM 85,500.00. BMW Group Financial Services Malaysia menawarkan ‘Financing Plan’ buat peminat motosikal di Malaysia. Untuk maklumat lanjut di sini.

Baca lebih lanjut: NOVAK DJOKIVIC/RAFAEL NADAL VS ‘NEW GENS’ DI TERBUKA AUSTRALIA 2021

Foto: BMW Motorrad Malaysia

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BMW 5 SERIES PENERAJU PERUBAHAN BAHARU

Bacaan Lanjut

SENSASI MINI ELECTRIC GENERASI TERKINI

Bacaan Lanjut

Mencabar Sempadan Bersama BMW R 1250 RT

Bacaan Lanjut

SUSUK SEGAR KOMPAK SAV BMW X1

Bacaan Lanjut

‘HAWA’ rangkul hadiah utama BMW Shorties 2016

Bacaan Lanjut

Malam GLAM Lelaki Alphamen 2016!

Bacaan Lanjut