NOVAK DJOKOVIC/RAFAEL NADAL VS ‘NEW GENS’ DI TERBUKA AUSTRALIA 2021
Mampukah juara Grand Slam, Novak Djokovic dan Rafael Nadal mengekalkan dominasi mereka di Terbuka Australia tahun ini dengan kebangkitan barisan generasi baharu yang diketuai oleh Dominic Thiem?
Terbuka Australia 2021 telah membuka tirai semalam dalam menyaksikan barisan pemain tenis profesional dari seluruh dunia beraksi untuk merebut kejuaraan Grand Slam pertama tahun ini. Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic mengetuai senarai kedudukan selaku pilihan utama, dan diikuti oleh juara Grand Slam sebanyak 20 kali, Rafael Nadal. Pemain Sepenyol itu dalam misi untuk memecahkan rekod kemenangan Grand Slam terbanyak yang kini dikongsinya bersama Roger Federer.
Kejuaraan tenis yang diadakan di Melbourne Park, Victoria ini bakal menjadi arena pertarungan antara dua generasi. Mengetuai barisan generasi muda kali ini adalah juara Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu, Dominic Thiem. Dia berjaya memenangi kejuaraan Major pertamanya New York dengan mengalah seorang lagi pemain muda Jerman, Alexander Zverev yang mempunyai bakat dan energi untuk menguasai tenis pada masa hadapan.
Mampukah generasi pelapis tenis muda ini memecahkan dominasi Novak Djokovic dan Rafael Nadal tahun ini?

Foto: Kredit atptour.com
Malangnya legenda tenis dunia, Roger Federer menarik diri dari menyertai Terbuka Australia tahun ini. Kali terakhir dia bermain adalah ketika kekalahannya di separuh akhir Terbuka Australia pada Januari tahun lalu. Juga pemain United Kingdom, Andy Murray terlepas dari menyertai kejohanan kali ini selepas dia didapati positif Covid-19 beberapa minggu lepas.
Siapakah bakal bergelar juara tahun ini? Berikut dalam 10 pemain yang menjadi pilihan utama di Terbuka Australia 2021:
1. Novak Djokovic

Foto: Instagram @djokernole
Ranking dunia: 1
Negara: Serbia
Usia: 33
Pencapaian terbaik: 17 kejuaraan Grand Slam, termasuk Terbuka Australia 2020
2. Rafael Nadal

Foto: Instagram @rafaelnadal
Ranking dunia: 2
Negara: Sepanyol
Usia: 34
Pencapaian terbaik: 20 kejuaraan Grand Slam, rekod paling banyak dalam sejarah tenis lelaki bersama Roger Federer
3. Dominic Thiem

Foto: Instagram @domithiem
Ranking dunia: 3
Negara: Austria
Usia: 27
Pencapaian terbaik: Juara Terbuka Amerika Syarikat 2020
4. Daniil Medvedev

Foto: Instagram @medwed33
Ranking dunia: 3
Negara: Rusia
Usia: 24
Pencapaian terbaik: Juara Nitto ATP Finals 2020
5. Stefanos Tsitsipas

Foto: Instagram @stefanostsitsipas98
Ranking dunia: 6
Negara: Greece
Usia: 22
Pencapaian terbaik: Juara Nitto ATP Finals 2019
6. Alexander Zverev

Foto: Instagram @alexzverev123
Ranking dunia: 7
Negara: Jerman
Usia: 23
Pencapaian terbaik: Juara Nitto ATP Finals 2018
7. Andrey Rublev

Foto: Instagram @andreyrublev
Ranking dunia: 8
Negara: Rusia
Usia: 23
Pencapaian terbaik: Memenangi 5 kejuaraan tahun lalu
8. Matteo Berrettini

Foto: Instagram @matberrettini
Ranking dunia: 10
Negara: Itali
Usia: 24
Pencapaian terbaik: Separuh Akhir Terbuka Amerika Syarikat 2019
9. Denis Shapovalov

Foto: Instagram @denis.shapovalov
Ranking dunia: 12
Negara: Kanada
Usia: 21
Pencapaian terbaik: Suku akhir Terbuka Amerika Syarikat 2020
10. Félix Auger-Aliassime

Foto: Instagram @felixliassime
Ranking dunia: 19
Negara: Kanada
Usia: 20
Pencapaian terbaik: Pemain termuda dalam senarai Top25 ATP
Baca lebih lanjut: MAKAN INI UNTUK MENINGKATKAN STAMINA SEKSUAL DAN ORGASME
Foto: Instagram
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 PERKARA YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI RAFAEL NADAL
Selain dilahirkan right-handed dan menggemari minuman Coca-Cola, legenda tenis Rafael Nadal terkenal dengan mengamalkan beberapa kepercayaan ‘pelik’ ketika berada di atas gelanggang tenis.
DANIIL MEDVEDEV TEWASKAN NOVAK DJOKOVIC DI TERBUKA AMERIKA SYARIKAT
Daniil Medvedev mengejutkan pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic untuk menjuarai kejohanan Terbuka Amerika Syarikat 2021 dan piala Grand Slam pertama.
ROGER FEDERER TARIK DIRI DARIPADA SUKAN OLIMPIK TOKYO
Pemain tenis Switzerland, Roger Federer mengumumkan penarikan diri daripada menyertai Sukan Olimpik 2020 yang akan diadakan di Tokyo bermula akhir bulan ini.
NOVAK DJOKOVIC JULANG TROFI WIMBLEDON KEENAM, GRAND SLAM KE-20 KESELURUHAN
Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic menewaskan pemain Itali, Matteo Berrettini dalam perlawanan akhir Wimbledon untuk merangkul trofi keenam, dan 20 gelaran Grand Slam keseluruhannya.
HUAWEI WATCH 3 SERIES KINI DI MALAYSIA
HUAWEI memperkenalkan jam tangan pintar paling premium, HUAWEI WATCH 3 Series yang pertama dikuasakan oleh HarmonyOS 2 dan kini boleh didapati secara pra-tempahan di Malaysia.
NOVAK DJOKOVIC JUARA TERBUKA PERANCIS 2021
Pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic mencipta sejarah selepas menjuarai kejohanan Roland Garros kedua dengan menewaskan pemain dari Greece, Stefanos Tsitsipas di Terbuka Perancis 2021.