RAFAEL NADAL KINI BERGELAR BAPA BUAT PERTAMA KALI
Juara tenis dunia, Rafael Nadal bersama isterinya, Maria Francisca Perello telah mengumumkan kelahiran anak pertama mereka di Palma de Mallorca, Sepanyol.
2022 pasti menjadi tahun yang paling diingati oleh Rafael Nadal, secara personal dan juga profesional. Juara tenis dunia itu bersama isterinya, Maria Francisca Perello telah mengumumkan kelahiran anak pertama mereka di Palma de Mallorca, Sepanyol. Berita ini telah menggembirakan dunia tenis antarabangsa.

(Photo by David Benito/Getty Images)
Maria Francisca Perello yang juga dikenali sebagai Mery Perello atau Xisca bersama Rafael Nadal kini bergelar ibu bapa kepada seorang anak lelaki. Mereka telah bersama sejak zaman remaja lagi, dan telah mengikat tali perkahwinan pada tiga tahun yang lalu.
Sebelum ini, juara Grand Slam sebanyak 22 kali itu sentiasa bersama isterinya yang sedang sarat mengandung. Dia juga akan menyertai kejohanan Laver Cup selama satu hari sahaja kerana kelahiran anak pertama mereka itu boleh berlaku pada bila-bila masa sejak sebulan lalu.

Roger Federer dan Rafael Nadal (Photo by Clive Brunskill/Getty Images for Laver Cup)
Mereka mengumumkan berita gembira mengenai kandungan ini pada September lalu. Walaupun mereka sentiasa mengekalkan privasi daripada pihak media dan peminat, Xisca Perello dikhabarkan telah dimasukkan ke sebuah klinik kesihatan swasta pada Ogos lalu kerana mengalami komplikasi kandungan.
Dalam usia 36 tahun, Rafa telah menjulang dua trofi Grand Slam yang pertama pada 2022. Kemenangan di Terbuka Australia dan Roland Garros itu telah meletakkannya selaku pemain tenis dengan 22 trofi kejuaraan keseluruhan. Dia kini telah memintas Roger Federer dan Novak Djokovic dengan kemenangan Major terbanyak dalam sejarah.
Berita gembira ini turut memberikan sedikit bayangan mengenai karier Rafa sebagai pemain tenis profesional. Juara tenis itu pernah memberitahu media bahawa dia bakal menggantungkan raket apabila dia dan isteri memulakan keluarga nanti.
Foto: Getty Images
Baca lebih lanjut: 10 ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OKTOBER 2022
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ISTERI HAMIL LIMA BULAN, REMY ISHAK BAKAL BERGELAR BAPA
Lebih setahun berumah tangga, Remy Ishak mengumumkan khabar gembira bahawa isterinya kini sedang berbadan dua.
NOVAK DJOKOVIC JULANG TROFI TERBUKA AUSTRALIA KE-10
Novak Djokovic menewaskan Stefanos Tsitsipas untuk menjuarai Terbuka Australia 2023 dan menyamai rekod Grand Slam ke-22 keseluruhan.
PARIS HILTON & CARTER REUM DIKURNIAKAN CAHAYA MATA PERTAMA
Lebih setahun berumah tangga, sosialit dan usahawan terkenal, Paris Hilton akhirnya bergelar ibu pada usia 42 tahun.
CARLOS ALCARAZ DILANTIK SEBAGAI WAJAH KEMPEN CALVIN KLEIN TERBAHARU
Calvin Klein melancarkan kempen “Calvins or nothing” terbaharu yang dibintangi oleh pemain tenis nombor satu dunia, Carlos Alcaraz.
HYUN BIN & SON YE JIN SAMBUT KELAHIRAN ANAK PERTAMA
Lapan bulan berumah tangga, kehidupan pasangan K-Drama pujaan ramai, Hyun Bin dan Son Ye Jin kini diserikan dengan kehadiran cahaya mata lelaki.
MENGEJUTKAN! INI JUMLAH NAFKAH 11 ANAK NICK CANNON DALAM SETAHUN
Memiliki ramai cahaya mata hadir bersama tanggungjawab yang besar terutama dari segi kewangan, seperti yang perlu dipikul oleh Nick Cannon.