Skip to content

5 BINTANG ROCK TERKAYA SEPANJANG ZAMAN

5 BINTANG ROCK TERKAYA SEPANJANG ZAMAN

Kongsikan artikel ini

Pasti ada yang belum tahu, terdapat beberapa bintang rock tersohor dunia yang bernilai hampir satu bilion dolar (RM4 bilion)!

Mungkin ada yang berpendapat industri muzik rock tidak segah dahulu. Namun bagi beberapa penyanyi, tuah tetap menyebelahi. Mereka masih mampu menghangatkan pentas dunia dan melakukan jelajah kembara secara besar-besaran, sehingga berjaya mencipta nama sebagai penyanyi rock terkaya dunia. Siapa mereka?

 

5. Coldplay, RM1.93 bilion

Foto: Sbukley/Dreamtimes

Sebagai kumpulan rock alternatif, Coldplay berjaya mempersembahkan lagu-lagu berkualiti dan membina nama sendiri. Coldplay merupakan salah satu kumpulan paling aktif melakukan jelajah kembara, mereka menghiburkan peminat hampir di seluruh pelusuk dunia. Justeru tidak hairanlah jika mereka mengambil keputusan untuk berehat selama setahun pada 2018.

Penyanyi utama, Chris Martin mengasaskan Coldplay pada 1996. Kumpulan ini mula dikenali dengan nama Starfish dan Pectoralz, sebelum kekal dengan nama sekarang. Menariknya, kumpulan ini memberi fokus untuk mencipta muzik sahaja, dan pendapatan mereka berasaskan jualan album semata-mata.

 

4. Bruce Springsteen, RM2.03 bilion

Foto: Kevin Mazur/WireImage

 

Penyanyi dan penulis lagu terkenal, Bruce Springsteen dilahirkan dan dibesarkan di New Jersey. Dia memulakan kerjaya dalam bidang muzik dan belajar bermain gitar pada usia remaja. Kini pada pada usia 71 tahun, Springsteen bernilai 2.03 bilion.

Walaupun kaya-raya, Springsteen masih mengekalkan sikap merendah diri. Tidak pernah melupai asal usul, sehingga kini dia masih menyanyi dan menulis lagu yang berkaitan dengan isu kelas pertengahan di Amerika. Melalui hasil kerjanya, Springteen dikurnia lebih 20 anugerah Grammy dan beberapa anugerah lain dari serata dunia.

 

3. Jimmy Buffett, RM2.44 bilion

Foto: Erika Goldring/Getty Images

 

Penyanyi dan penulis lagu kelahiran Mississippi ini pernah bergelar penulis dan usahawan. Dia meninggalkan kerjaya lama untuk menceburkan diri dalam bidang muzik.

Hasil kekayaannya diperoleh daripada restoran, hotel dan kasino Margaritaville miliknya. Dan nampaknya dia tidak akan berhenti meningkatkan nilai hartanya. Selagi pengunjung datang ke semua premis miliknya ini, empire Buffett akan terus berkembang. Selain itu, dia turut memiliki rangkaian bar bernama It’s Five O’Clock Somewhere.

 

2. Bono, RM2.85 bilion

Foto: Getty Images

 

Bono merupakan salah seorang penyanyi rock kesayangan dunia. Dia bermula dengan kumpulan U2 pada usia 16 tahun dan terus mencipta nama sejak saat itu. Kekayaan penyanyi yang juga dikenali sebagai aktivis politik ini dianggarkan bernilai RM2.85 bilion.

Tidak hairanlah jika dia disenaraikan sebagai pemuzik paling kaya di Ireland. Namun sumber kekayaannya adalah hasil pelaburan besarnya sebanyak RM365 juta di Facebook melalui syarikat Elevation Partners. Aset terbesar miliknya adalah dua rumah agam, Airbus A310 peribadi, dan kapal layar seluas 140 kaki bernilai kira-kira RM122 juta. Bono pernah menerima anugerah kesatria daripada Ratu Elizabeth II di atas pencapaiannya dalam bidang muzik dan usahanya memerangi kemiskinan.

 

1. Paul McCartney, RM4.88 bilion

Foto: Mary McCartney

 

Penyanyi berusia 78 tahun ini merupakan ahli kumpulan Beatles paling berjaya. Dia juga bergelar salah seorang komposer dan pemuzik tersohor dalam sejarah dunia. Sejak berpecah daripada Beatles, dia melancarkan enam cakera emas dan terjual lebih daripada 100 juta single.

Jika tidak sibuk dengan aktiviti Red Cross atau PETA, McCartney biasanya akan menghabiskan masa di salah sebuah daripada empat kediaman miliknya. Antaranya adalah rumah zaman kanak-kanaknya di London dan rumah agam Peasmarsh, terletak di estet seluas 1,500 ekar di Sussex. Dia juga sering dilihat memandu kenderaan vintaj di sekeliling kawasan perumahan. Kegemarannya? Lamborghini 400 GT dan Aston Martin D36.

 

Baca: PENYANYI WATCH ME, SILENTO DITAHAN ATAS TUDUHAN MEMBUNUH

 

 

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

JEREMY ALLEN WHITE BAKAL TERAJUI FILEM BIOPIK BRUCE SPRINGSTEEN

JEREMY ALLEN WHITE BAKAL TERAJUI FILEM BIOPIK BRUCE SPRINGSTEEN

Bacaan Lanjut
5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD

Bacaan Lanjut

AURUM THEATRE LANCAR PENGALAMAN HIBURAN ULTRA-MEWAH TERBESAR DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut