PUTERA HARRY BERHARAP GELARAN KETENTERAANNYA DIKEMBALIKAN
Walau telah mengundur diri daripada tugasan Diraja dan melepaskan beberapa gelaran kehormat, terdapat beberapa perkara yang ingin dikekalkan Harry.
Menerusi laporan The Telegraph, Harry berharap tiga gelaran ketenteraan rasmi yang terpaksa dilepaskannya sebelum ini dapat dikembalikan.
Tiga gelaran kehormat ini – Captain General of the Royal Marines, Honorary Air Commandant of RAF Honington dan Commodore-in-Chief, Small Ships and Diving, Royal Naval Command – merupakan salah satu daripada beberapa isu yang ingin diselesaikan putera itu, setelah dia dan isteri, Meghan Markle berundur daripada tugasan Diraja Mac tahun lalu.
“Tugasan ketenteraan adalah salah satu perkara paling penting buat Harry, justeru sudah tentu dia mahu mengekalkannya,” seorang rakan memberitahu pihak media mengenai alasan Harry berbuat demikian.

Foto: AFP
Sewaktu pasangan ini membuat pengumumkan mengejutkan tahun lalu, Harry dijangka akan menghabiskan masa berulang-alik dari Britain dan kediaman baharunya di Amerika. Malangnya, pandemik meletakkan noktah pada rancangan itu.
Satu sumber istana mengesahkan impian Duke of Sussex ini untuk mengekalkan gelaran tersebut mungkin tidak akan menjadi kenyataan.
Sewaktu Kemuncak Sandringham yang berlangsung tahun lalu, Ratu Elizabeth dengan jelas menolak pendekatan yang diutarakan Harry untuk campur tangan dalam hanya beberapa tugasan Diraja, bukan sepenuhnya.
Namun Harry percaya, perkhidmatan ketenteraan selama 10 tahun dan jalinan berterusan terhadap Invictus Games Foundation akan membantu usahanya untuk mempertahankan gelaran tersebut.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: MENGEJUTKAN! PUTERA HARRY & MEGHAN MARKLE PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN KELUARGA DIRAJA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MENGAPA KELESTARIAN ALAM MENJADI KEUTAMAAN KERABAT DIRAJA BRITAIN?
Perubahan iklim dan kemampanan alam sekitar menjadi misi filantrofi utama kerabat Britain yang diturunkan dari generasi ke generasi.
PUTERA HARRY DISAHKAN MENGHIDAP GANGGUAN MENTAL KALA WAWANCARA SECARA LANGSUNG
Strim langsung Putera Harry bersama pakar terapi Dr Gabor Mate baru-baru ini tanpa sengaja membongkar satu lagi masalah mental yang dihidapinya.
RAJA CHARLES RAMPAS PEMBERIAN RATU ELIZABETH II KEPADA PASANGAN SUSSEX
Keterlanjuran Putera Harry mendedahkan sisi gelap keluarganya kepada umum dalam memoir Spare ternyata membawa padah.
PUTERI KATE MIDDLETON MELANGGAR PERATURAN TERBESAR DIRAJA
Peraturan itu hanya diketahui rakyat jelata pada 2017 selepas Meghan Markle menggalas peranan barunya sebagai barisan hadapan tugas Diraja.
PUTERA HARRY ATASI REKOD DUNIA MILIK BARACK OBAMA
Memoir Putera Harry berjudul Spare yang dilancarkan pada 10 Januari lalu berjaya memecah rekod yang dipegang oleh Presiden Amerika Syarikat ke-44.
PRINCE HARRY MELUPAKAN IBUNYA MENERUSI MINYAK WANGI INI
Menerusi buku biografi terbaru, Spare. Prince Harry mengatakan minyak wangi kegemaran ibunya menjadi sumber utama untuk dia menerima kenyataan