Skip to content

RAHSIA CHRIS HEMSWORTH KEKALKAN TUBUH SASA

RAHSIA CHRIS HEMSWORTH KEKALKAN TUBUH SASA

Kongsikan artikel ini

Siapa yang tidak terpegun melihat tubuh bintang Marvel, Chris Hemsworth yang sasa ini. Lelaki mahupun perempuan, pasti akan terpana.

Namun bukan mudah untuk memiliki tubuh semantap ini jika tiada usaha. Seperti yang dikongsi Hemsworth, dia bersenam secara konsisten setiap hari.

Dalam wawancara bersama Men’s Health Australia, bintang berusia 37 tahun ini mendedahkan dia sudah terbiasa melakukan senaman secara teratur. Justeru jika dia tidak bersenam walau beberapa hari, tubuhnya akan menderita.

“Tubuh saya seperti tidak berfungsi apabila saya berhenti bersenam. Saya berasa seperti tidak sihat,” ujarnya.

Dia menambah, “Saya berasa gembira buat beberapa hari, namun selepas itu mulalah badan berasa sakit dan lenguh. Justeru saya sedar, untuk terus hidup sihat dan gembira, saya perlu terus bersenam.”

 

Foto: Disney/Marvel

 

Pelakon yang berasal dari Australia ini juga gemar mencampur aduk rejim senamannya, berbanding kekal pada satu jenis rutin sahaja.

“Saya tidak berlari. Saya lakukan perlbagai senaman berbeza. Anda perlu selalu meneroka dalam dunia kecergasan dan senaman, serta sentiasa mencari sesuatu yang baru,” katanya.

Hemsworth yang membuat kemunculan pertama di layar perak sebagai God of Thunder dalam filem Thor pada 2011 sering ditawarkan watak yang menyerlahkan susuk fizikalnya yang sasa, dari filem Marvel sehinggalah aksi Netflix, Extraction.

 

Foto: Netflix

 

Dan demi minatnya dalam mengekalkan gaya hidup sihat, Hemsworth melancarkan aplikasi dan laman web kecergasan Centr yang merangkumi pelbagai senaman, resipi sihat dan meditasi.

 

Foto: Google

 

Pautan berkaitan: 5 PELAKON HOLLYWOOD INI PERNAH BERNIAT UNTUK BERSARA

 

 

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DORM GL: DIANTARA PERSONA FANTASI DAN REALITI NIK RIFAIE

Bacaan Lanjut
DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

DORM GL: ARKA ANTAGONIS MUAZ ZABIR

Bacaan Lanjut
DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

DORM GL: BAKAT BERDIMENSI ZAIRI AZIZ

Bacaan Lanjut
DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

DORM GL: SUSUNAN LANGKAH EVERTTS GOMES

Bacaan Lanjut
DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

DORM GL: SETAHUN KEDALAM PERALIHAN INDUSTRI GBRIL

Bacaan Lanjut

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut