Skip to content

HADIAH ISTIMEWA TANDA HARGAI CINTA HATI

Kongsikan artikel ini

Hujung minggu ini adalah hari cinta. Masa untuk kita luahkan tanda sayang kita pada kekasih hati, atau pun ahli keluarga. Jangan terhadkan sahaja untuk buah hatimu! Tapi tiba sahaja tarikh cinta ini, kita selalu pening fikirkan apa yang perlu diberikan kepada cinta hati. Mengapa tidak hadiahkan pada diri sendiri juga? Di sini, GLAM Lelaki mahu kongsi hadiah paling bermakna untuk para jejaka. Sama ada hadiah untuk diri sendiri, atau hadiah paling istimewa untuk your best pal!

Jika kamu pencinta muzik, sering habiskan masa mendengar lagu di Spotify sewaktu membuat aktiviti personal. Mestilah yang kami cadangkan adalah untuk mendapatkan bekas Airpods from Saint Laurent Paris. Ia serba hitam dan diperbuat menggunakan kulit dengan kemasan efek kulit buaya.

AIRPODS SAINT LAURENT PARIS

 

Medusa di Versace cukup kuat pengaruhnya. Ia adalah simbol penarik bagi wanita dan lelaki. Bagi Hari Valentine ini dapatkan beg kompak serba hitam dengan pepaku bentuk kepala Micro Medusa berpalet emas. Terus bertuakr lagakmu jadi lebih seksi.

HADIAH ISTIMEWA

BEG MINI BERKEPALA MICRO MEDUSA VERSACE

 

Hadiah istimewa berlabel Louis Vuitton pula kami boleh cadangkan Horizon Wireless Earphones yang direka dengan cukup moden. Lebih mudah dibawa untuk kembara dan lebih fashionable dilihat ketika beraksi di gym. Pilihan serba hitam ini lebih chic dan tidak lapuk dek aman.

hadiah istimewa

LOUIS VUITTON HORIZON WIRELESS EARPHONES

 

Gerobok lelaki selalunya akan dipenuhi dengan tali pingging bergancu logo jenama terkemuka. Ia seakan sudah menjadi item penting dan memberi simbol pada yang memakainya. Tambah koleksi dengan tali pinggang berkepala Gancini dengan dua rona, emas dan perak ini.

hadiah istimewa

GANCINI SWITCH BELT BOX

 

Pastikan koleksi jam tangan mewah kamu atau ayahmu tersimpan rapi, kerana ia adalah item paling penting dalam koleksi kelaurga. Boleh diturunkan menjadi heirloom. Simpan di dalam Globe-Trotter Watch Box ilham Berluti yang siap sedia dengan kunci tiga digit.

 

GLOBE-TROTTER WATCH BOX BERLUTI

 

BACA LANJUT: 5 “FOOLPROOF” TREND DARIPADA 2021 MENSWEAR

By Aizat Aidid
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 RESTORAN DI KUALA LUMPUR UNTUK MAKAN MALAM ROMANTIK

Bacaan Lanjut

ABADIKAN SAAT MANIS DENGAN 5 HADIAH ISTIMEWA UNTUK SI DIA

Bacaan Lanjut

GAYA TERBAIK MEERQEEN SEPANJANG 2023

Bacaan Lanjut

FELIX STRAY KIDS DAN SHO HIRANO ANTARA YANG MENGHADIRI LOUIS VUITTON MEN PRE-FALL 2024 DI HONG KONG

Bacaan Lanjut
5 TETAMU STYLISH DI MEN’S FASHION WEEK

5 TETAMU STYLISH DI MEN’S FASHION WEEK

Bacaan Lanjut
Louis Vuitton men ss24

LIVESTREAM PERTUNJUKAN LOUIS VUITTON MEN SS24 DI SINI – GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut