5 “FOOLPROOF” TREND DARIPADA 2021 MENSWEAR
5 “foolproof” trend daripada runway musim 2021 Menswear yang boleh anda ikuti dan dijamin mampu membuatkan anda kelihat segak bergaya tidak kira apa jua keadaan.
Tahun baru merupakan masa yang terbaik untuk “style makeover” untuk kelihatan segak. Namun, kadangkala ketandusan idea tidak dapat dielakkan. Jangan risau! Kami sudah semestinya ada untuk anda trend daripada 2021 Menswear yang dijamin sesuai tidak kira apapun yang digayakan oleh anda.
1. Jacket Inspirasi daripada Stail “Utility Clothing”
Dikenali pakaian “CC41 Clothing” pada era perang dunia kedua, kini kod pakaian ini telah menjadi inspirasi trend yang hangat pada musim ini. Stailnya yang “simple dan functional” serta mempunyai basic detail seperti berkocek, berkolar dan lengan panjang terbukti sesuai untuk anda gayakan tidak kira apa jua yang akan padankan dari seluar jeans hingga ke seluar pendek ataupun hanya dengan sehelai t-shirt, tahap versitilitnya sangat sesuai untuk setiap jejaka tidak kira pun gaya peribadinya.

Kiri ke kanan: Fendi, Off-White, Fendi dan Ermenegildo Zegna
2. Gaya Monokromatik
Tona warna monokromatik sememangnya menjadi pilihan buat Fendi Spring/Summer 2021 Fashion Show. Tidak kira apa jua warna kegemaran ataupun warna yang sesuai untuk anda, walaupun gaya monokromatik, namun efeknya dapat memberikan aura yang unik kepada si pemakai.

Kiri ke kanan: Burberry, Fendi, Dior Men dan Balmain
3. Plaids dan Checkered
Sering kali dapat dilihat dalam pelbagai pertunjukan fesyen hampir setiap tahun, trend ini selamanya menjadi “pilihan mustahil salah” ataupun “foolproof”.

Kiri ke kanan: Isabel Marant, Louis Vuitton dan Prada
4. Pakaian “Tailored”
“Smart and sharp”. Itulah ayat yang sesuai untuk menggambarkan “tailored look”. Silhouette gaya ini sentiasa sesuai untuk setiap lelaki tidak kira apa jua bentuk badannya kerana sifatnya yang timeless dan effortless.

Kiri ke kanan: Alexander McQueen, Jil Sander dan Valentino
5. Motif flora
Jikalau motif flora pada zaman dahulu dikaitkan dengan gaya feminin namun, pada alaf baru ini motif flora menjadi semakin sesuai untuk setiap jejaka kerana coraknya yang memberikan aura romatik. Tambahan pula, sangat sesuai di negara Malaysia kerana coraknya yang berkait rapat dengan estetik Malaysia yang beriklim khatulistiwa.

Kiri ke kanan: Tom Ford, Kenzo, Etro dan Gucci
Pautan berkaitan:GL FIRST: DIOR MEN MUSIM LURUH 2021
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
PARK JI HOON X SUPERDRY, SATU KOLABORASI, SERIBU TARIKAN
PARK JI HOON X SUPERDRY memperkenalkan koleksi edisi terhad di Malaysia, menggabungkan fesyen jalanan dengan pengalaman buat peminat.
GAYA, KERJAYA DAN IMPIAN DARYL TAN
Daryl Tan berkongsi inspirasi fesyen vintaj, pengalaman kerjaya serta impian besar yang ingin dicapai sebelum mencecah usia 30 tahun.
ADZIM HARIZ, GAYA BERSAHAJA KREATIVITI LUAR BIASA
Adzim Hariz berkongsi perjalanan sebagai content creator, inspirasi dan gaya peribadi yang mencerminkan keaslian serta identiti tersendiri.
SEDANG MENCARI LAST-MINUTE HALLOWEEN OUTFIT? WE GOT YOU!
Sedang mencari last-minute outfit untuk Halloween? We got you!
UNIQLO X JW ANDERSON KEMBALI DENGAN GAYA BAHARU
UNIQLO x JW Anderson kembali dengan gabungan gaya klasik British, rekaan moden dan keselesaan untuk lelaki bergaya.











