BTS DAN FREE FIRE BERSATU
Ikon pop Korea Selatan, BTS bersatu dengan Free Fire oleh Garena untuk siri acara kolaborasi yang akan dijalankan di dalam alam permainan video dan banyak lagi.
Pembuat dan penerbit permainan video maya global, Garena mengumumkan pelantikan ikon pop antarabangsa dari Korea Selatan, BTS sebagai duta global terbaharu untuk Free Fire. Kolaborasi hangat ini akan menyaksikan kumpulan muzik paling popular itu memasuki dunia Free Fire untuk sebuah acara yang istimewa hadir Mac ini. Free Fire adalah permainan video mobile dengan muat turun tertinggi di dunia pada 2019, 2020 dan 2021.
“BTS adalah satu fenomena global: tarikan dan pengaruh mereka tidak boleh lagi dipertikaikan, Kami cukup teruja untuk mengumumkan BTS sebagai duta jenama, dan tidak sabar untuk berkongsi perancangan yang akan dilakukan untuk kolaborasi ini,” kata Harold Teo, Penerbit Free Fire di Garena. “Membawa BTS untuk memasuki dunia permainan video maya akan memberikan pemain-pemain lebih banyak cara untuk berinteraksi dengan permainan, dan bersosial dengan komuniti, serta menikmati pengalaman yang baharu.
BTS telah mencipta nama mereka sebagai salah satu kumpulan muzik yang paling disayangi di pentas antarabangsa. Mereka telah berjaya menambatkan hati dan pemikiran jutaan peminat mereka di serata dunia. Peminat dan juga pemain-pemain Free Fire boleh bersedia untuk siri acara da aktiviti kolaborasi, di dalam alam permainan video dan banyak lagi.
Bermula bulan Mac tahun ini, peminat boleh mendapatkan lebih maklumat mengenai kolaborasi antara BTS x Free Fire ini yang akan dikongsikan tidak lama lagi. Pastikan anda mengikuti akaun Facebook, Instagram dan juga Youtube untuk maklumat lanjut. Aplikasi permainan video ini boleh dimuat turut melalui stor Apple iOS App atau Google Play.
Foto: Garena
Baca lebih lanjut: THE KAISER 1000% BE@RBRICK, KOLABORASI TERAKHIR KARL LAGERFELD
Tags
Artikel Yang Berkaitan
CALVIN KLEIN MERAIKAN KOLEKSI MUSIM LURUH 2023 BERSAMA JUNG KOOK
Calvin Klein meraikan koleksi jeans musim luruh 2023 dengan malam fesyen dan muzik yang menampilkan bintang sensasi Korea Selatan, Jung Kook.
JUNGKOOK RAMPAS TAKHTA BTS DI SPOTIFY
Ahli kumpulan BTS, Jungkook kini memegang gelaran ‘Raja Spotify’ setelah memperoleh 35.5 juta pendengar bulanan hanya menerusi Seven.
SAMSUNG GALAXY Z FOLD5, REVOLUSI ‘KOMPUTER RIBA MINI’ YANG BERKUASA DAN MESRA POKET
GLAM Lelaki berpeluang mencuba generasi baharu Samsung Galaxy Z Fold5 yang merupakan telefon pintar boleh-lipat paling berkuasa persis sebuah komputer riba mini yang mesra poket.
APA CIRI BAHARU YANG MEMBUAT SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 LEBIH BERKUASA ?
GLAM Lelaki berpeluang untuk menggunakan telefon pintar boleh-lipat Samsung Galaxy Z Flip5 yang baharu dilancarkan di Seoul, Korea Selatan. Apa ciri terbaharu yang membuat ia lebih berkauasa?
JUNGKOOK PECAH REKOD SPOTIFY MENERUSI LAGU SOLO PERTAMA, SEVEN
Ahli kumpulan BTS, Jungkook mencipta sejarah peribadi di Spotify sekali gus memecah rekod yang dipegang oleh Harry Styles.
BTS KONGSI PERJALANAN HIDUP & KERJAYA DALAM SIRI DOKUMENTARI TERBARU
Walaupun sibuk dengan latihan ketenteraan wajib, BTS terus menghiburkan peminat dengan pelbagai rancangan hebat termasuk dokumentari terbaru.